Dine-in: DubuYo

by - April 10, 2017

Assalamualaikum

Hi

Sebelum aku balik ke Johor, macam biasalah aku mesti singgah mana mana mall nak cari makanan korea. So kali ni aku singgah Dubuyo dekat Sunway Putra Mall. Kalau naik KTM korang turun dekat stesen Putra, kalau LRT pulak turun PWTC. Kena jalan sikit lah kalau turun kat KTM sebab dia seberang jalan.

Ini kira kali ke dua kot aku makan kat Dubuyo. Alah tak ingat. Tapi seingat aku yang first tu kat Midvalley kalau tak silap. Masa tu aku order Beef Kimchi Gogi kalau tak silap. Boleh lah. Kena dengan tekak. Side dish dia pun okay je.

Kali ni aku try dakgalbi dengan dol sot bibimbap. Dakgalbi ni menurut menu ialah stir-fried marinated diced chicken in sweet and spicy dakgalbi sauce. Haha. Aku tak minat sangat dakgalbi ni maybe sebab rasa dia yang manis manis pedas.  Aku lebih prefer makanan macam yukgaejang yang selalu aku makan kat food court NU Sentral. Pedas dan panas. Fuhhh bergenang mata makan. Kena ada tisu kat sebelah. Tapi sedappppp

Set dakgalbi


Yang bibimbap ni adik aku order. Saja nak try. Bibimbap ni kira nasi dengan sayuran and chili paste lah. Nanti kita gaul nasi and sayur semua tu dengan chili paste yang dia bagi. Selalu tengok Chef Baek dekat nations big three buat bibimbap aku hanya mampu terliur je. Ni dah dapat rasa ni dah tak meleleh dah air liur. Aku suka bibimbap ni walaupun sayurnya berlambak. Haha.



Beef dol sot bibimbap.

Air tadi kitorang order Korean Green Tea and Sikhye. Sedap rupanya sikhye ni. Sikhye ni traditional korean rice punch. Selalu tengok kat sauna dorang minum rice punch ni kan. Akhirnya dapat jugak aku merasa. Manis manis gitu. Menyesal tak order sekali tadi. Huhu. Green tea biasa je lah rasa dia. Sama je di mana-mana. Sikhye yang putih tu and greean tea of course yang warna err kuning hijau maybe. Hahahaha


Sikhye (left) and Korean Green Tea (right)


Supposedly tadi nak makan dekat Myeongdong Topokki kat situ jugak lah tapi yang kitorang nak makan tu takda. Itu yang beralih makan kat DubuYo tu. Apa-apa pun boleh tahan lah makanan dia. Soondubu Jigae kat DubuYo yang member aku pernah try dia kata sedap je. Makanan korea ni ikot tekak masing-masing. Ada yang boleh terima ada yang langsung tak boleh. Aku ada certain boleh ada yang tak. Huhu. But mostly boleh je makan. Muahahaha. Ni semua pengaruh korea TV. 

Sampai di sini saja coretan aku kali ni. Tengok balik gambar makanan ni buat aku lapar je. Haha ada rezeki aku ke KL nanti aku cerita pasal Myeongdong Topokki plak. 

Sekian dari aku yang kelaparan,
Tasnim



You May Also Like

0 comment(s)