2011 - Tasnim Hafidz

Tuesday, December 20, 2011

suka sangat

December 20, 2011 0
suka sangat
yeah, tajuk macam gempak sangat kan
sebenarnya, yang membuatkan aku smile ear-to-ear adalah kerana
lab report physical chemistry hantar minggu depan
wahhhh, heaven-nya
tak payah susah susah siapkan minggu ni
err, tak jugak
kena buat sikit
kalau tak mati aku nak menyiapkan naik cuti mid-sem nanti
tu je aku nak share

kbai

ubah lagi

December 20, 2011 0
ubah lagi
disebalik M besar. ada R besar
tetiba petang nak masuk magrib ni aku ter 'RAJIN' pulak nak edit blog
lalu jadilah yang macam sekarang
walaupun sebenarnya aku suka background yang sebelum ni
hehehehe

capital letter 'M'

December 20, 2011 0
capital letter 'M'
assalamualaikum . .

tak jawab dosa, jawab sayang kita :p 
semakin hari semakin teserlah capital letter M ni
haiyaa, apa mau jadi lah sama wa
ini macam ma, macam mana mau berjaya 
*gaya gaya apek cakap
okey, huruf M besar ni sebenarnya merujuk kepada perkataan 
yang sangat gemar disebut oleh orang ramai
tak kira sama ada tua atau muda
perkataan itu ialah , MALAS
yeay, rasa sangat bertuah kerana menjadi pemalas
kerana asyik rasa nak ponteng kelas je
ni sekarang ni pun tak reti reti nak tidur lagi
sumpah pemalas kau TASNIM 

wahai gerangan penyakit MALAS
nyahlah dikau dari hidupku ini
tak sanggup dah aku hendak terus menerus bergini
lama lama mereng aku dibuatnya
sekian itu saja untuk malam ini
 
kbai








Thursday, December 08, 2011

미안해

December 08, 2011 3
미안해
kehadapan demok, 

 sorry lah. waktu tu aku tak da mood. tak pasal-pasal kau kena. sorry lah. terseksa wey jiwa dan raga ni. jangan lah ignore aku. kau tau lah kan aku macam mana. mana berani nak tegur dulu. sebab tu aku paling nyampah nak carik pasal dengan kau. nanti aku jugak yang susah. sorry  :( aku rindu kau

yang bersalah ,
  tasnim


untitled

December 08, 2011 0
untitled
dia dah tak sayang aku
kbai 

Tuesday, December 06, 2011

terseksa

December 06, 2011 0
terseksa
ok, dah lame sangat aku tak menaip
aku rindu mereka
sangat sangat rindu
terutamanya linda, pyka, syila, tep, wan
itu aje yang aku nak khabarkan



kbai

Tuesday, October 04, 2011

walaweyhhhh.....bahagianya hidup.....

October 04, 2011 1
walaweyhhhh.....bahagianya hidup.....
assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada blogger-blogger sekalian. hari ini saya berasa sangat gembira dan ingin berkongsi sedikit kegembiraan saya ini bersama anda semua.
(dengan nada skema + bahasa baku)

tak payah nak formal sangat lah kan tasnim oii. hehe, dah lama aku tak ber'blog'. kesian dah kat blog aku ni. yang bulan sembilan punya haram satu entri pun tak da. kesian dia ya. ala busyuk-busyuk. jangan lah merajuk. tasnim busy lah. final exam ni. lagi satu tasnim malas nak guna keyboard tu. malas nak bawak keluar dari kotaknya yang kacak tu, muahaha. tapi, pada hari dan ketika ini, tasnim menjadi rajin dan sekarang ini tengah menaip dah pun. 

berbalik kepada terma dan syarat tajuk di atas, aku nak kongsi sedikit kegembiraan. sedikit aje. tak banyak. nanti korang malas nak baca. tapi ada aku kesah ? tak pun~ baiklah, sebenar-benarnya cerita yang ingin ku sampaikan ialah aku tingal lagi SATU PAPER je untuk final exam pada sem kali  ini. bahagianya rasa. tapi huaaaa , terasa sedih pula rasanya hendak meninggal tanah jajahan aku ini. sedih-sedih. nanti dah sebulan tak jumpa kengkawan aku yang kiut-miut and baik-baik kat sini.

paper last aku jumaat nanti. paper MAT133 yang tersayang lagi tercinta. tak mampu ku ungkapkan bertapa sayang dan cintanya aku pada paper math ni. bercinta aku satu sem ni buat latihan math tiap-tiap hari. tapi best jugak kadang-kadang walaupun ada satu masa tu nampak nombor-nombor aje bila bukak mata, wakakaka. then , sabtu balik johor lah. apa lagi. nak jumpa sayang-sayang aku kat sana tuh. ada yang setengah tahun dah tak jumpa ( Allah, baru setengah tahu je lah tasnim) hehehe.

cuti sem ni aku tak ada perancangan apa-apa lagi. hammboi tasnim , math tak habis lagi kau nak cerita pasal cuti sem pulak. marah cik nadiah nanti, hehe. miss yang sempoi tapi tegas. tapi tapi, aku suka :) dah lah-dah lah. terasa macam panjang pulak dah. tadi ingat nak story mory sikit-sikit je. telajak pulak. nanti-nanti lah tasnim update cerita lagi. kbai

Friday, August 05, 2011

hatiku terusik

August 05, 2011 0
hatiku terusik
sekali lagi hatiku terusik. peritnya memikirkan tentang dirimu yang tak pernah cuba untuk menghargai diri ini. kenapa perlu menipu andai engkau tidak pernah memaksudkannya? kenapa perlu membuat diriku kelihatan seperti orang bodoh yang sentiasa ternanti-nanti kata cinta dan sayang darimu. kau selalu membuai-buai perasaanku. tidakkah engkau tahu sesungguhnya aku bergitu menyanyangi mu? begitu mencintaimu? sampainya hatimu membuat air mata ini kembali menitis.

semalam. aku telah membuangmu jauh dari hidupku. begitu sukar untuk aku membuat keputusan sedemikian. namun, memikirkan hatiku yang terus terluka melihat kemesraanmu dengan dirinya membuatkan aku bertindak untuk tidak akan menggangu dirimu lagi. sudah cukup hatiku terluka. aku tidak mahu ianya terus terluka dan berdarah. biarlah aku merawat duka ini sendiri. moga-moga hatiku ini tidak akan terluka lagi. cukuplah sekali engkau yang membuatnya terluka.

sudah acapkali aku cuba untuk melupakanmu. tetapi payah. hati dan ingatanku ini sentiasa hendak mengingati tentang dirimu. kadang-kadang aku bertanya sendirian. apa kurangnya aku? apa lebihnya dia? kenapa kau sanggup membiarkan aku terluka sendirian. begitu besar angan-anganku dengan dirimu. kini, semuanya hanya tinggal kenangan. kenangan yang memang ingin ku lupakan selamanya. aku berharap agar aku dapat terus untuk melupakanmu. aku ingin memulakan episod yang baru dalam hidupku. moga-moga engkau bahagia dengan dirinya. iya, kau begitu sayang padanya. aku tahu. engkau pernah berkata begitu padaku. sehingga aku terluka sendiri. semoga berbahagia selalu. selamat tinggal sayang.........


(erk, macam fedup x baca? haha. ini untuk suka-suka je.tiada kena mengena antara yang hidup dengan yang mati )

Thursday, August 04, 2011

rindu yang bertandang

August 04, 2011 2
rindu yang bertandang
tajuk tak boleh blah kan? rindu yang bertandang, haha. memang. ada rindu yang bertandang di hati ini. bukan rindu pada kekasih hati tapi rindu pada buah hati pengarang jantung. siapa? nak tau? siapa lagi kalau bukan kawan-kawan yang jauh di mata tapi dekat di hati. adess tasnim, asal ayat kau jiwang bukan main lagi ni. hurm, tak ada apa pun. rindu sangat dah kat dorang ni. nak jumpa memang lama lagi la. rasanya masa cuti sem aje lah. raya pun terus balik kedah, tak sempat nak jumpa korang. 

aku rindu sangat-sangat nih. lagi-lagi kat cootep dengan syila. dah lama sangat tak jumpa. tetiba hari ni teringat kat korang. teringat dekat linda, syila, cootep, pyka and yang lain-lain. tahun ni first time aku tak sambut puasa sama-sama dengan korang. sebelum ni, 5 tahun aku sambut ramadhan dengan korang. kecuali cootep la. dua tahun aje kot dengan dia. tapi, aku memang rindu saat-saat kita bersama kat hostel dulu. boleh tak nanti aku nak minta kat sir firdaus bagi kita duduk kat hostel tu macam dulu for 3 days.? tiga hari pun okey lah kan syila? ohh , tolong. aku sedih ni. aku terlampau rindu sangat dekat korang. tep, bila leh jumpa.aku rindu kau. syila, nak sahur sama-sama dengan syila. pyka, aku nak tidur dengan kau walaupun katil asing-asing. linda, aku nak kacau kau la. *isk isk isk sedih la. aku tak tipu ni, sungguh aku rindu korang.

Tuesday, July 05, 2011

AGAIN

July 05, 2011 0
AGAIN
straight to the point. phone aku hilang. AGAIN ! geramnya aku ! memanglah salah aku tertinggal tapi pulangkan balik lah. tak sampai setengah jam aku minta member carikan dah tak jumpa dah. wah, hebak hebak. pokai aku, memanglah padan dengan muka aku sebab careless tapi pulangkan lah balik siapa yang jumpa tu. aku baru aje pakai phone tu. simpati lah sikit. sampai hati ambil phone aku. orang kata muka aku relex tapi dalam hati jangan cakap lah. tak tenang aku. buat-buat happy je tadi. kenapa hilang lagi :( pfffft =.='

Saturday, July 02, 2011

untitled

July 02, 2011 0
untitled
tasnim. ingat nanti, untung dari wat bisnes print tu bayar balik duit kat abah tau !

Sunday, June 19, 2011

Seremban

June 19, 2011 0
Seremban
ya tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin hadirat sekalian. minggu ini merupakan minggu yang paling memenatkan aku. kenapa penat? sebab minggu ni aku tak diberikan peluang untuk berehat seperti orang lain. mengapa? hal ini demikian kerana aku ada program Latihan Dalam Kumpulan untuk modul Kemahiran Insaniah yang perlu atau wajib dihadiri oleh semua pelajar pada hari sabtu hari tu.

ceh, sebenarnya program tu habis awal tapi aku yang tak merehatkan diri. malam tidur lambat sebab online facebook. then, berbual bersama yang tersayang di pagi-pagi buta yang tak celik lagi masa tu. pastu, bangun awal sebab nak pergi jalan-jalan dengan housemate kat JJ SEREMBAN. yeah! terbaik! sebab apa terbaik? sebab dah lama tak jejak kaki kat shopping complex, haha. tadi sempatlah aku tengok wayang cerita X-men. owhh, sangat terbaik cerita tu. aku suka sangat. bestnye! kemudian, aku sempat lah beli dua helai short sleeve dan dua buah novel. novel mesti tak ketinggalan kan? apa boleh buat. dah aku suka baca novel. nak buat macam mana lagi kan. tajuk novel tu ' Bila Hati Kata Sayang' and 'Bisik-bisik Gelora'. boleh lah dua novel tu. best lah jugak, haha.

dan lagi satu aku nak bagitahu ni. aku dah beli keyboard baru ! yeay! itu yang senang sangat berblogging nih. senangnya hati mak. dah lah, aku nak tidur dah. nak berehat-rehat ni, penat sangat dah. sampai di sini sahaja cerita aku pada malam ini. jumpa lagi nanti di lain waktu :)

Assalamualaikum semua 

Friday, June 17, 2011

untitled

June 17, 2011 0
untitled
Pagi-pagi lagi aku dah update blog di makmal computer uitm k.pilah ni semasa lecturer tengah mengajar, haha. Sangat tidak senonoh bukan. Bukan apa, kalau nak guna laptop sendiri memang tak boleh lah kan. keyboard macam haram. tak kesian langsung kat tuan dia yang nak buat kerja ni. Kerja ke? Haha. Rasanya kerja ‘online facebook’ sajalah, muahaha. Sebenarnya, aku tak ada tujuan sebenar pun nak menaip hari ini. Saja tangan gatal-gatal nak menaip. Gian gamaknya. Tengok lah nanti kalau assignment dah banyak, tak tergatal-gatal tangan kau nak menaip nanti tasnim oii, bhahaha. 

Cuaca dan suhu kat sini buat aku rasa nak balik sambung tidur kat bilik je. Sangat sejuk dan nyaman weii. Mata dah layu aje ni. Lecturer cakap apa pun aku tak berapa nak faham. Memang lah tasnim, kau kan tengah sibuk concentrate menaip untuk blog kau ni ! *dush dush hamik kau sebijik! Eh, dua lah, haha. Sewel pula aku di pagi hari ini. Tapi tak apa, bukan ramai pun yang berminat nak baca. Follower pun berapa kerat saja tapi aku tetap menghargai mereka. Kalianlah insan yang sudi nak mem’follow’ blog aku ni. Terima kasih bebanyak ya. Rasa terharu dah ni. *sob sob gedik lah pula tasnim ni, haha. 

dah lah, kesian pula kat lecturer ni bila aku tak concentrate. lagi kesian kat aku yang tak dapat apa-apa nanti untuk hari ni,haha. sampai di sini sahaja pertemuan kita pada kali ini. berjumpa lagi kita di lain hari.  renung-renungkan dan selamat beramal :)

Assalamualaikum