June 2011 - Tasnim Hafidz

Sunday, June 19, 2011

Seremban

June 19, 2011 0
Seremban
ya tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin hadirat sekalian. minggu ini merupakan minggu yang paling memenatkan aku. kenapa penat? sebab minggu ni aku tak diberikan peluang untuk berehat seperti orang lain. mengapa? hal ini demikian kerana aku ada program Latihan Dalam Kumpulan untuk modul Kemahiran Insaniah yang perlu atau wajib dihadiri oleh semua pelajar pada hari sabtu hari tu.

ceh, sebenarnya program tu habis awal tapi aku yang tak merehatkan diri. malam tidur lambat sebab online facebook. then, berbual bersama yang tersayang di pagi-pagi buta yang tak celik lagi masa tu. pastu, bangun awal sebab nak pergi jalan-jalan dengan housemate kat JJ SEREMBAN. yeah! terbaik! sebab apa terbaik? sebab dah lama tak jejak kaki kat shopping complex, haha. tadi sempatlah aku tengok wayang cerita X-men. owhh, sangat terbaik cerita tu. aku suka sangat. bestnye! kemudian, aku sempat lah beli dua helai short sleeve dan dua buah novel. novel mesti tak ketinggalan kan? apa boleh buat. dah aku suka baca novel. nak buat macam mana lagi kan. tajuk novel tu ' Bila Hati Kata Sayang' and 'Bisik-bisik Gelora'. boleh lah dua novel tu. best lah jugak, haha.

dan lagi satu aku nak bagitahu ni. aku dah beli keyboard baru ! yeay! itu yang senang sangat berblogging nih. senangnya hati mak. dah lah, aku nak tidur dah. nak berehat-rehat ni, penat sangat dah. sampai di sini sahaja cerita aku pada malam ini. jumpa lagi nanti di lain waktu :)

Assalamualaikum semua 

Friday, June 17, 2011

untitled

June 17, 2011 0
untitled
Pagi-pagi lagi aku dah update blog di makmal computer uitm k.pilah ni semasa lecturer tengah mengajar, haha. Sangat tidak senonoh bukan. Bukan apa, kalau nak guna laptop sendiri memang tak boleh lah kan. keyboard macam haram. tak kesian langsung kat tuan dia yang nak buat kerja ni. Kerja ke? Haha. Rasanya kerja ‘online facebook’ sajalah, muahaha. Sebenarnya, aku tak ada tujuan sebenar pun nak menaip hari ini. Saja tangan gatal-gatal nak menaip. Gian gamaknya. Tengok lah nanti kalau assignment dah banyak, tak tergatal-gatal tangan kau nak menaip nanti tasnim oii, bhahaha. 

Cuaca dan suhu kat sini buat aku rasa nak balik sambung tidur kat bilik je. Sangat sejuk dan nyaman weii. Mata dah layu aje ni. Lecturer cakap apa pun aku tak berapa nak faham. Memang lah tasnim, kau kan tengah sibuk concentrate menaip untuk blog kau ni ! *dush dush hamik kau sebijik! Eh, dua lah, haha. Sewel pula aku di pagi hari ini. Tapi tak apa, bukan ramai pun yang berminat nak baca. Follower pun berapa kerat saja tapi aku tetap menghargai mereka. Kalianlah insan yang sudi nak mem’follow’ blog aku ni. Terima kasih bebanyak ya. Rasa terharu dah ni. *sob sob gedik lah pula tasnim ni, haha. 

dah lah, kesian pula kat lecturer ni bila aku tak concentrate. lagi kesian kat aku yang tak dapat apa-apa nanti untuk hari ni,haha. sampai di sini sahaja pertemuan kita pada kali ini. berjumpa lagi kita di lain hari.  renung-renungkan dan selamat beramal :)

Assalamualaikum
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            

Wednesday, June 15, 2011

aku terasa sangat.maaflah

June 15, 2011 1
aku terasa sangat.maaflah
aku memang anggap kau penting.aku tak bergurau.belajar pun,kalau kau ajar aku faham.bila kau pindah sekolah, aku memang terasa kehilangan.kau insan petinbagi aku.kau macam tak tau kalau aku bukan boleh sangat dengan yang lagi sorang tu.cara dia lain, aku dah biasa dengan cara kau.tapi tak apa lah.aku buat-buat boleh sajalah.tapi dia pun antara yang terpenting dalam hidup aku.rasanya kau memang tak layan kut member-member lama.aku dengan syila memang terasa lah kan.tapi tak apa, ada lah juga yang sudi layan soalan aku masa tu.aku tunggu kau balas,tak terbalas-balas.tak apa lah.aku bukan penting pun untuk dilayan.member-member ko sekarang lagi penting.lagi bagus dari aku kot.aku memang terasa sangat.maaflah,aku memang macam ni.masa spm dulu pun, ada sekali tu aku terasa dengan cara kau.aku buat-buat cool saja lah,nanti kau pula stresskan.tapi tak apalah.tak apa.aku tak kesah, aku simpan je.aku faham, aku tak sebagus mereka.biarlah.jangan buat macam ni kat member-member kau yang lain tau.biar aku je yang kena.aku tak kesah dah.tak apa.sekali lagi, maaf.aku memang terasa.

Friday, June 10, 2011

malunyaaaa

June 10, 2011 0
malunyaaaa


okay, rasa-rasanya mesti awak dah teroka blog saya bukan ? malunyaaaaaa saya. terasa macam bengang pula. mesti awak fikir yang bukan-bukan kan ? arggghhh , malunyaa.


 rasa macam nak sembunyi dalam kelambu je. err , sila buat-buat tak tau je pasal apa yang saya post tu. saya gila kot time tu. maaf.