December 2012 - Tasnim Hafidz

Friday, December 14, 2012

Tak sangka

December 14, 2012 0
Tak sangka
Assalamualaikum w.b.t reader(s) sekalian.

Tengah-tengah tengok dashboard tadi tetiba nampak satu entri dari satu blog ni. ehh tu blog adik aku lah. aku pun dengan pantasnya open new tab. nak baca lah apa yang dia taip. and perasaan aku lepas baca  blog dia. aku bermonolog sendirian dalam hati,

 "dah besar rupanya adik aku ni. dah matang dah. ini baru satu. belum lagi yang dua orang tu." 

hehe, monolog dalaman oleh seorang kakak. tapi sebenarnya aku rasa adik aku lagi matang dari aku *sigh*
perangai aku ni kekadang mengalahkan budak-budak. tapi dia lain. aku kalau yang dua lagi ajak gaduh, memang aku gaduh. tapi kalau dia, dia rilekk. kekadang rileksss dia tu buat aku sakit hati. erghh! macam takda perasaan. konon cool lah tu

part yang paling aku suka lah kan, bila pergi mana-mana. nanti ada orang tanya. siapa adik, siapa kakak. wakaka. pernah masa kitorang nak beli sandal, akak tu tanya siapa adik,siapa kakak. 

"Sayalah kakak. dia ni adik" kataku sambil melihat ngah try kasut.
"Ohh ingatkan dia kakak, muka dia nampak garang sikit. yang ni(aku) nampak macam adik," kata akak tu. sebenarnya akak tu cakap lain. aku ubahlah. kang aku mention korang kata aku riak. wakakaka

dalam hati aku, yes! yes! aku nampak muda. sukanya. sukanya. haha. kisah lain pulak masa kat kedai mama,

"Engkau ni macam adik(sambil merujuk aku), dia macam kakak(ngah). ni sebab muka kau nampak mcm budak tak matang lagi, dia(ngah) nampak matang," ujar pakcik botak masa ramadan yang lepas.

what?? tak matang?? aku ni gatal nak menikah awal dia kata tak matang. ngah pulak lepastu gelakkan aku sebab pakcik tu kata aku tak matang. mana aci pakcik. hahaha. ada betulnya kot. ada time aku rasa mcm aku matang, ada time aku masuk mood budak-budak. ngah pun fedup nak layan. nyenyenye

time kerja pulak kat kedai mama juga, 

"adik tak sekolah ke? cuti ea?"
"ehh akak, saya tengah cuti sem ni."
"ohh ye ke? U mana? akak ingat sekolah lagi"
"uitm kuala pilah kak" aku berkata sambil tersenyum.

memang muka aku ni muka budak-budak ea? ramai pulak tu yang tegur aku, tak sekolah ke. haha, zaman sekolah kita dah lepas lah. sekarang tengah berjuang nak kejar diploma. lepas diploma, degree pulak. lepas degree kahwin. ehhh, haha

tapi yang pasti, aku lah kakak kepada 3 orang adik yang semangat-semangat. mungkin sebab ngah nampak serius tu orang ingat dia kakak. well, muka aku ni memang ala-ala budak kot.baby face gitu. oke sila muntah hijau. baby face lah sangat. macam zomba adalah dengan lingkaran hitam bawah mata yang tebal ni. ni kalau ngah baca mesti dia booo kan aku. haha, tak kesah. kami jenis muka garang, jarang nak nampak senyum. bukan yang jenis senyum memanjang kan ngah? tapi kalau ada orang senyum, kitorg balas balik. takda lah zalim sangat org tu senyum, then kitorang jeling. takda takda. kalau terbuat,tu bukan dengan niat. mungkin 'ter'. maaf kalau ada yang rasa kami sombong. kami cuma kurang ramah. peace! kat bawah ada gambar, tengoklah. 



inilah ngah, Qurratu Ain nama diberi

Ahmad Aslam. cuba teka dia yang mana? (mestilah yg baju biru,haha)


ni dikna, partner gaduh aku kat rumah. Husna Najihah nama dia.


last but not least, aku.

KAMI SIBLINGS, KAMI TAKKAN TERPISAH. 
Kakak sayang korang *hugs and kisses*

sampai disini saja coretan perasan aku ni. jaga diri, jaga hati, jaga iman. 
Assalamualaikum

Pesanan penaja: Senyum sokmo! haha