May 2011 - Tasnim Hafidz

Tuesday, May 31, 2011

UiTM Kuala Pilah

May 31, 2011 1
UiTM Kuala Pilah
Assalamualaikum

source: googleimage


Sekarang ini aku sudah pun bergelar mahasiswi UiTM Kuala Pilah. Bangganya , siapa yang tak bangga kalau dia sudah bergelar mahasiswi bukan? Aku bangga tapi bukan sampai tahap riak tak ingatlah kan. Bangga kerana dapat membanggakan mama and abah aku. Boleh tak macam tu? Haha! Masa mula-mula datang ke UiTM Kuala Pilah ni kan , memang dasyat lah kan. Dekat jalan tu penuh dengan taik lembu lah, tepi jalan ada kubur cina , india and perkuburan islam. Senang cerita , 1Malaysia lah. Haha! Aku tak heran sangat dengan jalan kampung ni sebab aku dah biasa. Kampung aku kat kedah tu pun macam gini juga. So aku tak heran sangatlah.

Duduk kat UiTM Kuala Pilah ni memang best sebab dapat rasa suasana kampung. Sejuk je mata tu bila memandang pelbagai pokok dan tumbuhan yang menghijau. Tak adalah cramp sangat mata aku ni bila duduk kat sini, haha. Malam-malam tidur sejuk. Pagi-pagi pula ada kabus. Wahh! Rasa macam dekat genting highland pulak. Senior kat sini ada yang kata benting highland. Okay lah tu kan, sesuai ! haha

Hari ini baru aku nak cerita serba sedikit tentang MDS yang telah pun seminggu berlalu. Mengikut pengalaman yang telah aku lalui serta hadapi, MDS UiTM Kuala Pilah sangatlah BEST! Pehh, best habislah. Masa mula-mula tu memang merungut juga lah sebab kena jalan jauh-jauh untuk pergi ke bilik seminar. Ulang alik dari kolej ke bilik seminar memang rasa nak hantuk kepala je penatnya. Kalau time ceramah tu tak tidur memang bukan aku lah kan. Haha! Tapikan , masa tayangan cerita Hati Malaya tu tak tidur pula aku, haha. Mungkin sebab dah nak dekat habis MDS kot. Haha! Tapi bila dah habis MDS tu rasa sedih pulak. Dah tak ada akak-akak and abang-abang pm suruh kita orang jalan cepat-cepat, makan cepat-cepat and semuanya cepat-cepat. rindu dekat mds boleeee? ngee~






Friday, May 20, 2011

buat korang

May 20, 2011 2
buat korang
aku tak reti nak bebel banyak-banyak macam orang lain pasal ni

linda - tahniah dapat jadi cikgu kat negeri sembilan :) oke aku memang suke sebab kite same tempat nanti. cakap dengan cikgu jangan jeles tau. haha. thanks for being my friend for the past five years and now. aku sayang kau 

pyka - pyka sayang. aku sayang kau sangat-sangat. kau banyak tolong aku selama ni. dengar luahan hati aku pasal tak puas hati dengan orang lain. tQ pyka. tQ sebab sudi jadi kawan aku :) miss u sangat-sangat pyka

cootep - hai sayang. walaupun kita tak sama tempat, sekurang-kurangnya kau dah dapat sambung belajar. dah jadi dak akaun nanti. duduk melaka nanti jangan nakal-nakal tau. i'm gonna miss u so much dear. jangan gedik-gedik tau. jangan lupa aku

syila - semoga kau dapat spa tu. gud luck dear. aku doakan kau. jangan lupa aku. terima kasih sebab sudi jadi kawan aku selama ni. jangan lupakan aku tau. haha

wan - duduk matrik nanti jangan lupa aku. bila-bila ada masa kite boleh hangout sama-sama kat seremban. haha. gud luck dear.

ejad - haha, belajar rajin-rajin tau. gonna miss u. jangan lupa aku. aku rindu nak duduk satu dorm dengan kau lagi :)

shima - selamat jadi dak pra u shima. rindu nak lepak-lepak dengan kau kat dorm. all the best dear. thanks jd kawan aku selama ni

minah - aku pun RINDU kat kau minah. jangan nakal-nakal tau kat um nanti. kite dah tak leh nak jadi macam mase sekolah dulu-dulu. haha. gud luck :) thanks for everything

buat kalian yang lain - all the best guys ! buat yang terbaik dalam hidup korang. insyaAllah kita semua akan jadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. miss u so much guys !

terima kasih kepada semua yang sudi mengenali diri ini. thanks kpd semua sebab sudi jadi kawan aku selama ni. korang lah yang terbaik dalam hidup aku. tak ada orang lain yang boleh ganti tempat korang di hati ini. aku tak tau nak cakap apa lagi,haha. aku hanya mampu menangis je sekarang ni. haha. rindu korang semua sangat-sangat ! tolong , tolong jangan lupa aku dari ingatan korang. aku sayang korang semua sangat-sangat. maaflah kalau aku tak jadi kawan yang baik selama ni. haha. sampai di sini saja. selamat malam semua ~

Sunday, May 08, 2011

tak mungkin lah !

May 08, 2011 1
tak mungkin lah !
assalamualaikum semua. dah lama aku tak update blog kan ? haha. tak ada idea lah :) baiklah , malam ini aku nak cerita pasal tawaran sambung belajar. alhamdulillah , aku dapat tawaran dari Matrikulasi Kuala Pilah dengan UiTM Kuala Pilah. dua - dua kat Negeri Sembila , haha. sama lah macam alina. mula - mula confius gila nak pilih yang mana. last - last ikot kata hati aku yang tak besar mana ni , aku rasa aku pilih UiTM kot. harap - harap lah pilihan aku ni akan mengubah masa depan aku agar menjadi lebih baik , insyaAllah 

UiTM aku dapat Diploma Mikrobiologi. wahhh , tak sangka aku , haha. belajar biologi lah aku lagi nampaknya , huhu. aku sebelum ni harap sangat dapat farmasi , tapi mungkin bukan rezeki aku. dapat mikrobiologi ni pun alhamdulillah , syukur. nanti aku akan belajar pasal benda - benda halus , haha. pasal bakteria, virus, protozoa dan macam - macam lagi lah , haha

sambung belajar nanti mestilah kat tempat baru. mesti jumpa kawan baru. harap - harap dapat kawan yang baik - baik. tapi aku nak cakap ini , aku tak mungkin, tak dapat dan tak akan lupakan kawan aku sekarang ni ! aku tak kan lupakan ko lah LINDA. ko jugak AMIRA SAAT. SYILA juga. dan jugak PYKA. korang lah sahabat aku dunia akhirat. aku sayang korang sangat - sangat. nanti korang pun jangan lah lupakan aku ye, huhu. sedih lah pulak malam ni. ko lah ni punca linda! haha. tak ada lah

hopefully , aku dapat meneruskan kehidupan aku denagn lebih baik lepas ni. harap - harap aku sentiasa berjaya selepas ni. haha , 21hb aku dah mula daftar. huaaaaa , sekejapnya. ada lagi dua minggu je. tak prepare apa - apa pun lagi, hehe. rasa macam malas aje, haha. tapi malas - malas pun kena jugak. okey lah , dah pukul berapa dah ni. tidur dulu lah ye. selamat malam semua. assalamualaikum semua :)