March 2011 - Tasnim Hafidz

Friday, March 18, 2011

apa cita - cita aku ya ? entri panjang malam ini

March 18, 2011 2
apa cita - cita aku ya ? entri panjang malam ini
assalamualaikum semua ! baiklah , pada hari ini kita akan membincangkan topik yang hangat iaitu cita - cita *ceh macam forum perdana pula . anda semua ada cita - cita kan ? siapa yang tak ada cita - cita dalam hidup dia tu sila angkat kaki dan berlarilah selama tiga jam ya . haha , tak adalah . gurau saja . malam ni aku nak cerita pasal cita - cita aku . masa kecik - kecik dulu kan , bila cikgu tanya aja nak jadi apa aku mesti pilih tiga ni :
  1. nak jadi doktor
  2. nak jadi business woman
  3. nak jadi polis 
haha , kelakar tak ? tak kan . biasa lah tu . masa kecik - kecik dulukan , macam - macam aku nak jadi bila dah besar  nanti . nak jadi itulah , nak jadi inilah . haish , macam - macam lah . belajarnya malas jugak . tapi bila dah besar , lain pula ceritanya .  aku ada matlamat hidup aku sendiri . matlamat aku , aku nak jadi orang yang berjaya dan berguna kepada diri sendiri , keluarga , masyarakat , bangsa , negara dan agama sama ada di dunia mahupun di akhirat . haha , panjang nya . 

 sebenarnya , sampai sekarang ni , aku nak sangat jadi doktor . tapi , aku tak berani lah , haha . aku ni penakut . nak kena ambil darah hari tu pun aku dah kena gelak dengan doktor tu . dia kata aku takut . sebab tangan aku sejuk gila , haha . tapi aku bukan takut , cuma tak berani je , haha . sama je lah kan , hehe . aku tak berani lah nak bedah - bedah orang ni . nak suntik orang ke , nak jahit ke . apa yang perlu dilakukan oleh seorang doktor lah . aku memang tak berani . aku takut lau tersalah toreh ke , cucuk dalam sangat ke , haha . bila aku cakap macam tu kan , mak aku mesti bebel . dia kata , " kan nanti belajar ! mesti lah belajar nanti nak buat macam mana " . yelah mama , memang lah belajar . tapi kalau tak berani jugak ? haha . itulah alasan aku .

tapi kalau tak dapat jadi doktor , jadi farmasi pun okey lah , haha . farmasi ni cita - cita aku nombor dua . aku tak kesah jadi apa pun asalkan pekerjaan itu halal . tapi semuanya bergantung pada result yang akan datang nanti . cita - cita memanglah ada tapi kalau resultnya tak segah mana pun tak jadi juga . 
"Ya Allah , kau berikanlah aku kejayaan yang cemerlang . mudah - mudahan aku dapat mencapai cita - citaku ini Ya Allah ." amin ~
  terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca entri panjang aku ni , haha . doakan aku dapat yang terbaik ya .   selamat malam semua . assalamualaikum ~~


Tuesday, March 15, 2011

untuk korang berdua ...

March 15, 2011 0
untuk korang berdua ...
haha , tajuk macam apa aje kan ?
entri ni khas untuk Linda Amjis dan Amira Mia , haha
aku siap highlight lagi nama korang berdua
hahaha *ketawa kejam
kenapa dengan dorang berdua ni ? nak tau ?
 okay , sebenarnya aku merajuk dengan dorang berdua ni
sebabnya , sebelum ni dorang berdua yang beria - ria nak keluar minggu lepas
last - last dorang berdua yang tak dapat ikut !
grrr , geram mak tau ! 
ba ro ya alif betul ! nyampah den 
tak apa tak apa
masa result keluar nanti siap korang berdua ! 
okey , habis cerita pasal dorang

ahad hari tu , aku pergi jom masuk u dengan membe yang lain
ada pyka , wan , alina and puteri 
aku bawa adik aku sekali , Ngah
saja bawa dia jalan - jalan . bukan selalu dapat keluar dengan dia
dapat lah juga bawa dia pergi tengok wayang kat cs
kita orang semua tengok cerita big mommas , haha
best lah juga cerita tu , satu wayang gelak macam apa . haha
 ingat nak tengok cerita hikayat merong mahawangsa pula lepas ni
tapi , tak tau bila lagi boleh tengok 
hmm , sampai sini aje kut aku bercerita
nanti - nanti kalau ada masa aku kemskini lagi blog aku ni ea 
haha , tataa semua ~~





Saturday, March 05, 2011

dia memang kejam !

March 05, 2011 2
dia memang kejam !
korang . aku nak nangis boleh tak ? huaaaaaaaa . . .
dah nangis dah pun . sedihnya 
kenapa dia kejam sangat ? sakitnya hati ni . macam dirobek - robek , dicarik - carik dan dikoyak - koyak 
sakit tau ! sebelum ni , awak tak pernah pun buat macam tu dengan saya 
tapi dengan perempuan tu awak buat ! ish ! jelesnya saya !
saya pun teringin juga nak macam tu . lama saya tunggu , tapi awak tak pernah nak layan
hmm , buruk sangat ke saya ni ? 
tapi bila awak susah , awak mesti cari saya 
kenapa ek ?
kenapa tak cari aje perempuan tu ? 
saya dah lupakan awak lah ! err , ok . saya tengah cuba nak lupakan awak 
awak tak faham ke ?
jangan kacau saya lagi . saya tak suka . jangan poke - poke saya lagi
saya dah menyampah . faham ?
bagus kalau awak dah faham  *yek yek je faham
aman sikit kepala hotak saya ni dari fikir pasal awak 
 mane ada saya suka - suka nak fikir
awak tu ha menyemak dalam kepala ni . benci lah !
dah lah , kusut saya . 
ok lah , saya nak makan coklat dulu 
nyumm ! nyumm !




selamat pagi

March 05, 2011 3
selamat pagi
assalamualaikum ~~
hai semua ! selamat pagi ! haha
korang sihat ? alhamdulillah , kalau sihat bagus lah . 
pagi ni aku bangun awal , hohoho 
aku tak tau aku mimpi apa sampai bangun awal ni 
err . mimpi putera raja kot , haha *berangan betul 
kuat berangan betul lah aku ni . perasan aje 
eley , biarlah . mimpi aku kan , suka aku lah nak mimpi apa , ngee
aku tak mimpi apa - apa yang menarik pun , cuma pagi ni teringat kat novel yang aku baca semalam 
haha , aku ada beli novel lagi *ish ish
menghabiskan duit aje . tapi tak apa lah . aku suka !
oke , novelnya bertajuk Sweet Sour
haha , memang sweet plus sour terlebih lah 
sampai meleleh air mata aku baca semalam 
kesian kesian . tapi ceritanya sweet sangat 
untung dpt suami yang reti masak , haha
JOE JAMBUL dengan ZARUL
mestilah aku pilih JOE
walaupun dia jahat , tapi dia sayang sangat kat isteri dia 
kalau orang lain mesti dah pilih zarul tapi aku tak 
haha , aku ni suka bertentangan dengan orang lain 
nasib lah . eh , bangu pagi pagi dah bebel pasal novel
memang tak patut betullah aku ni , hehe
dah lah , setakat ni aje aku bebel di pagi hari
nanti nanti kalau dah ada masa aku updated lagi ya
semoga hari ini berlalu dengan penuh bermakna bagi anda semua dan diri aku sendiri
tata ! assalamualaikum~

for you~~

March 05, 2011 1
for you~~

yeah ! it's true that love is a goodnight kiss

so , goodnight everyone . sweet dream . sleep tight , haha

have a better sleep guys ! mmuah :)

assalamualaikum ~~

Thursday, March 03, 2011

amira saat !

March 03, 2011 6
amira saat !
amira saat ! awak baca blog saya ya ? haha

terima kasih lah sebab sudi baca blog saya ni , huhu . saya buat entri khas untuk awak ya amira saat . jangan menangis sebab terharu pulak ya , haha  *awak kan cengeng 

amira binti saat . itulah gerangan kawan saya yang seorang ni . sangat gedik dan manja . tapi saya suka kawan dengan awak tau amira saat . dan juga yang lain - lain . tapi malam ni saya buat entri khas untuk awak , haha . saya kenal awak masa kita tingkatan 4 kan . time tu saya tak berapa suka dengan awak sebab awak suka berkepit dengan syila saya , haha . kesian awak masa mula - mula masuk sekolah dulu . kena buli . siap dapat panggilan cootep dan melekat sampai sekarang ni , haha . kesian kesian .

 tapi lama - lama bila dah kenal awak , saya suka kawan dengan awak . awak ni manja manja gedik tapi awak baik . lama - lama kita semua rapat dan menjadi kawan baik sampai lah sekarang . susah senang kita semua kita laluinya bersama - sama kan , haha . saya rindu awak lah amira saat . tak apa . ahad nanti kita keluar ya amira saat . saya tanya mak saya dulu ok ? 

nak tengok siapa amira saat ni ? ini dia 
.
.
.
.
.
.
v

( saya copy pic awak , jangan marah tau )

comel kan dia ? kan kan kan ? haha . rindu kat awak lah amira saat . kalau nak kenal dengan dia boleh lah view facebook dia ni . sila tekan sini , hehe . jangan marah ea tep . aq popularkan kau kat sini tau :)

ok lah , sampai sini sahaja coretan saya pada malam ini . sekali lagi amira saat , jangna nangis tau kalau terharu , hehe . selamat malam semua ~~