Wattpad Pilihan Hati - Tasnim Hafidz

Sunday, May 06, 2018

Wattpad Pilihan Hati

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi guys!

Dulu zaman muda mudi, I suka baca novel. Siapa yang kenal I, akan tau setiap kali dapat baucer buku, I akan habiskan dengan beli novel dulu, hahaha. Tak novel pun, I suka borong stationary banyak-banyak, hehe. Buat collection, mana tau adik nak pakai tiba-tiba ke. I pun sampai sekarang still pakai lagi alat-alat tulis ni. Sebab I terjebak dengan Bullet Journal. Biasalah Tasnim, apa je yang dia tak terjebak kan, hehehe.

Semenjak dah tak dapat baucer buku ni, tambah pulak dengan bertambahnya usia, and bertambahnya bil yang perlu dibayar, dah lama rasanya I tak beli novel baru. Tahun lepas rasanya I baru tau adanya wattpad ni. Hmm kesian I. Lambat betul taunya. And its free! I cuma perlu ada internet yang mencukupi untuk baca semua karya-karya penulis yang ada. 

Rasa macam banyak dah karya diorang yang I baca. Ada beberapa penulis kegemaran. I ni memang memilih sikit baca. Tajuk tak kisah, pelik macam mana pun I tak kisah sangat. First yang I tengok, sinopsis. Kalau best, second I tengok cara penulisan diorang. I suka yang tersusun, yang tak panjang sangat setiap paragraph, tulisan tak bercampur kecik besar, tak italic semua tulisan, tak banyak sangat typo, typo sikit-sikit boleh lagi kalau banyak terus takda mood nak baca. 

Third, I tengok complete ke tak cerita tu. Tak complete malas baca, hold dulu, hahaha. Sebab I akan baca cerita tu sampai habis, time tu jugak, and hari tu jugak. Kecuali kalau penulis tu memang dah buat I jatuh hati dengan cerita dia, penulisan dia. I sanggup tunggu satu persatu update dia sampai habis, hehehe. I tak suka sad ending! Sedih. Tak sukanya. I kan suka berangan, mestilah menjiwai, menghayati watak. Hmmm

Ada satu cerita tu, Satu Mimpi kot, sedihnyaaaaaaaa. I tak boleh terima heroin dia mati dalam masa sama laki dia tak percaya dia. I hate guy macam tu. Geram! Dah hujung-hujung baru tau bini dia sakit, tak salah. Dah mati baru nak menyesal. Ahhhh benci! Tapi itu maksudnya penulis dia buat cerita yang baik, yang disampaikan dengan baik, sebab pembaca seperti I emosi teruk, hahahahaha. Eh panjang pulak I bebel. Hari-hari I sekarang memang akan bukak twitter, instagram and wattpad je. Ada update I baca, bosan sangat I ulang balik cerita lama, hehehe. 

Credit to: Betakit.com

Ok lah guys, I taip panjang-panjang ni, takut bosan pulak korang baca. Siapa yang baca sampai habis, thank you! 

Yang suka novel,
Tasnim




2 comments:

  1. anis pun suka sangat baca cerita dekat wattpad, banyak story line best, and paling penting free and senang nak baca, convenient tak perlu bawak buku tebal-tebal :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss betul. convenient sangat! sambil sambil buat kerja pun boleh baca kejap :)

      Delete