October 2012 - Tasnim Hafidz

Wednesday, October 31, 2012

Apam Pisang Coklat

October 31, 2012 0
Apam Pisang Coklat
Assalamualaikum guys!

Entri kali ni pasal resepi nak buat apam pisang coklat. ok sebenarnya teringin nak buat tapi apakan daya, malas terlampau. resepi dah ada. credit to majalah Rasa edisi 136 November 2012 di muka surat 41. haaa hamik kau. hehehe. meh aku taipkan resepi apam ni 

Apam Pisang Coklat 
Bahan-bahan:

240gm tepung gandum
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

*yang atas ni mestilah diayak*

7 biji pisang emas (dilecek)
250ml minyak masak
360gm gula perang
2 biji telur
sedikit garam

Cara memasak:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang
2. Masukkan minyak masak berserta pisang lecek dan kacau rata
3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau adunan sebati
4. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas dan kukus grill panggang kukus grill panggang. ehhhh? kukus je selama 18 minit. hehe
5. Sedia dinikmati bersama tersayang. hahaha

Siapa rasa nak makan apam pisang berperisa coklat ni boleh lah cuba try test buat. kalau menjadi post kat aku bagi rasa ea. hahahha. nak buat sendiri. malassssss. 

*info chef: masa nak kukus, pastikan guna api besar supaya masaknya lebih sekata dan apam naik dgn sempurna.

ohhhhhh macam tu kisahnya. bolehlah korang kalau nak try buat. ohhh ye, anggaran saiz hidangan ni lebih kurang 38 biji. dalam majalah ea, bukan aku. ok lah, Selamat mencuba teman teman :p

Assalamualaikum! 



Thursday, October 18, 2012

Hari-hari Terakhir

October 18, 2012 0
Hari-hari Terakhir

Assalamualaikum w.b.t

Pengumuman : 
Maka tamatlah sudah pengajian Nur Tasnim Binti Abdul Hafidz untuk semester 3 ini.

yeayyyyy! selamat bercuti kepada semua warga uitm serta rakan-rakan yang bakal bercuti tak lama lagi. 
tapi, hari hari mendatang lepas habis exam semalam sumpah tak best! 
Aku balik hari sabtu sebab mama abah tak boleh nak ambil aku awal. Apa aku nak buat sepanjang dua tiga hari ni. Bosannyaaaaaaaaaa. Movie semua dah tengok. Aku siap ulang dua tiga kali dah. Rasa macam hopeless gila hidup. hahaha. Tak sabar nak menanti hari sabtu ni. Tak sabar nak jejak bumi Johor tu. Mak ai ayat kau tasnim, macam dah bertahun je tak balik johor. Sedangkan dua minggu sekali kau balik Johor time study >_< 

Plan aku cuti ni, ingat nak kerja dengan mama cari duit sikit buat topup, nak beli barang untuk semester 4 nanti. Oh ya, aku dapat duduk kolej lagi sem depan. Alhamdulillah syukur. Beli melawat rumah orang kan, ada benda yang comel comel, best best mesti aku terasa nak beli gak untuk sem depan. hahahaha. tapi..... bab nak mengemas tu nanti yang malas -__-

Okay tu cerita pasal plan nanti, benda yg belum tentu terjadi. Sekarang ni aku tengah kebosanan tak tau nak buat apa. kesiannyaa aku ni. tengok movie bosan, baca novel bosan, main game bosan, tidur pun jangan ceritalah pun bosan jugak. haihhhh. banyak mengeluh betul. Sampai sini je lah yang aku mampu bagi tau. Jumpa lagi di entri seterusnya nanti. 

byebye. assalamualaikum

Thursday, October 11, 2012

Kemajuan asas?

October 11, 2012 0
Kemajuan asas?
Assalamualaikum wbt. Selamat petang. Selamat berhujan di petang yang dirahmati ini. Ohhh rasa aman je angin sejuk sepoi sepoi bahasa dok belai belai badan kita ni. Buat kita rasa nak baring and tarik selimut tidur. Okay, cukup untuk intro petang ni :p

Tengok tajuk entri aku ni. Kemajuan asas? Siapa rasa nak sambung? boleh tinggal kat komen nanti. ermm tapi ada ke yang baca blog aku ni? berzaman kot aku tak ambil peduli. Tapi rasanya ada. Ada ada. Ohh ye kemajuan asas kerajinan. Ehhh? Hahahaha. Tajuk takda apa sangat pun sebenarnya. Aku rasa macam nak kembali berblog. Kembali buat ayat merepek-repek. Baca blog orang lain. Gelak sorang sorang.

Buat blog tapi tak selalu update memang sunyi, takda sapa nak mai baca lah kan. Alang alang nak cuti sem dah ni habis orait lah tu. nyenyenyenye :3 okay lah, nak makan dulu. byebye. Assalamualaikum  semua! 

Serabut masai.ehh?

October 11, 2012 0
Serabut masai.ehh?
Assalamualaikum dan selamat tengah malam!!! 
Memang takda tujuan nampaknya aku memalam buta menaip sebab nak mengupdate entri yg kedua buat tahun ni. ehh? teruknya perangai. dah berbulan bulan baru rasa nak jenguk blog. last entri dulu masa final exam sem 2. Entri ni pulak time final exam sem 3. hebat bukan? hahahaahaha. Ye aku tau semua terharu bila malam ni aku ada buat entri baru. terimasss lah ye *perasan* nyenyenyenye :3 
Macam mana nak edit balik blog ni kepada yang asalnya? apa yang aku dah buat pun aku tak tau. serabut semamcam aku tengok blog aku yang pinkish mingkish ni. mohon sesiapa bantu aku? aku ni naif pasal benda benda cenggini. kalau buat cross boleh kot. hehehehe. okaylah. ni je untuk entri kedua aku tahun ni. tengoklah nanti bila allele rajin aku jadi dominant aku update. kalau recessive je, alamatnya tahun depan pulak lah baru ada entri baru. Muahahahaha. Good night semua. Byebye. Assalamualaikum 

P/s: sebelum tidur dengar lagu I Love You So by Maher Zain