August 2011 - Tasnim Hafidz

Friday, August 05, 2011

hatiku terusik

August 05, 2011 0
hatiku terusik
sekali lagi hatiku terusik. peritnya memikirkan tentang dirimu yang tak pernah cuba untuk menghargai diri ini. kenapa perlu menipu andai engkau tidak pernah memaksudkannya? kenapa perlu membuat diriku kelihatan seperti orang bodoh yang sentiasa ternanti-nanti kata cinta dan sayang darimu. kau selalu membuai-buai perasaanku. tidakkah engkau tahu sesungguhnya aku bergitu menyanyangi mu? begitu mencintaimu? sampainya hatimu membuat air mata ini kembali menitis.

semalam. aku telah membuangmu jauh dari hidupku. begitu sukar untuk aku membuat keputusan sedemikian. namun, memikirkan hatiku yang terus terluka melihat kemesraanmu dengan dirinya membuatkan aku bertindak untuk tidak akan menggangu dirimu lagi. sudah cukup hatiku terluka. aku tidak mahu ianya terus terluka dan berdarah. biarlah aku merawat duka ini sendiri. moga-moga hatiku ini tidak akan terluka lagi. cukuplah sekali engkau yang membuatnya terluka.

sudah acapkali aku cuba untuk melupakanmu. tetapi payah. hati dan ingatanku ini sentiasa hendak mengingati tentang dirimu. kadang-kadang aku bertanya sendirian. apa kurangnya aku? apa lebihnya dia? kenapa kau sanggup membiarkan aku terluka sendirian. begitu besar angan-anganku dengan dirimu. kini, semuanya hanya tinggal kenangan. kenangan yang memang ingin ku lupakan selamanya. aku berharap agar aku dapat terus untuk melupakanmu. aku ingin memulakan episod yang baru dalam hidupku. moga-moga engkau bahagia dengan dirinya. iya, kau begitu sayang padanya. aku tahu. engkau pernah berkata begitu padaku. sehingga aku terluka sendiri. semoga berbahagia selalu. selamat tinggal sayang.........


(erk, macam fedup x baca? haha. ini untuk suka-suka je.tiada kena mengena antara yang hidup dengan yang mati )

Thursday, August 04, 2011

rindu yang bertandang

August 04, 2011 2
rindu yang bertandang
tajuk tak boleh blah kan? rindu yang bertandang, haha. memang. ada rindu yang bertandang di hati ini. bukan rindu pada kekasih hati tapi rindu pada buah hati pengarang jantung. siapa? nak tau? siapa lagi kalau bukan kawan-kawan yang jauh di mata tapi dekat di hati. adess tasnim, asal ayat kau jiwang bukan main lagi ni. hurm, tak ada apa pun. rindu sangat dah kat dorang ni. nak jumpa memang lama lagi la. rasanya masa cuti sem aje lah. raya pun terus balik kedah, tak sempat nak jumpa korang. 

aku rindu sangat-sangat nih. lagi-lagi kat cootep dengan syila. dah lama sangat tak jumpa. tetiba hari ni teringat kat korang. teringat dekat linda, syila, cootep, pyka and yang lain-lain. tahun ni first time aku tak sambut puasa sama-sama dengan korang. sebelum ni, 5 tahun aku sambut ramadhan dengan korang. kecuali cootep la. dua tahun aje kot dengan dia. tapi, aku memang rindu saat-saat kita bersama kat hostel dulu. boleh tak nanti aku nak minta kat sir firdaus bagi kita duduk kat hostel tu macam dulu for 3 days.? tiga hari pun okey lah kan syila? ohh , tolong. aku sedih ni. aku terlampau rindu sangat dekat korang. tep, bila leh jumpa.aku rindu kau. syila, nak sahur sama-sama dengan syila. pyka, aku nak tidur dengan kau walaupun katil asing-asing. linda, aku nak kacau kau la. *isk isk isk sedih la. aku tak tipu ni, sungguh aku rindu korang.