Tasnim Hafidz

Sunday, July 31, 2016

Next step?

July 31, 2016 4
Next step?
Assalamualaikum


Hi

Last entry was about a movie review. And it was the first entry of the year. Haha. Tapi takpelah. Aku pun tak sure ada lagi ke orang baca blog aku ni. Kalau ada, terima kasih kerana masih sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni. Busy sangat nak menghabiskan kehidupan sebagai seorang student. bhaha

Kisahnya, aku dah habis study. Tapi tak official lagi. Tengah tunggu result. Mudah-mudahan result yang cemerlang. Final year, final sem. Seriously, payah. Segala macam rasa ada. Gembira, sedih, stress, marah, sendu ahhh semuanya lah. Bercampur aduk. Tapi yang paling banyak membantu mestilah family and kawan-kawan. Kawan especially. Thanks guys atas segala moment suka duka study selama 2 tahun ni. 

Aku rasa macam aku antara orang yang terakhir masa nak hantar thesis minggu lepas. Ada je yang lain yang tak hantar tapi aku dah tak boleh dah lama-lama kat Shah Alam tu. Bosan. Duduk pulak sorang, lagi lah bosan. Jumaat aku hantar thesis kat SV, macam-macam nasihat dia bagi. Thanks Dr Mas, untuk segalanya. 

credit to: Google

Bila melangkah nak balik, baru perasan sedihnya nak tinggalkan tempat belajar sepanjang 2 tahun ni. Hahaha. Mental breakdown aku nak siapkan thesis ni. Bila dah hantar, terasa beban kat bahu tu hilang. Kalau dulu, aku rajin juga balik rumah setiap bulan. Tapi kali ni, raya pun aku tak jejak Johor. Dah nak habis syawal baru aku sampai rumah. Well, adat lah belajar kan. Tapi sedihhhhh. Hahaha

Next step, cari kerja lah apa lagi. Nak sambung master, aku pun tak sure lagi. Dari nasihat Dr Mas, kerja lah dulu. Cari pengalaman. Baru tau rasa macam mana nak survive kat luar ni.

Well lesen kereta pun aku tak amik lagi. Apa lagi dah habis degree ni amik lesen lah. Lambat kan aku? And tolong mama kat kedai. Sesiapa nak cari aku, cari je lah kat medan selera TSP ni. Sebenarnya, baru sehari balik aku dah bosan dah. Kena buat something aku ni. Tak habis dengan bosan. Dan disebabkan bosan tu, maka terjadilah entry ni. Mwahaha

Sekian cerita bosan aku.

Yang bosan, 
Tasnim





Sunday, April 03, 2016

Ulasan Penulis : Munafik (2016)

April 03, 2016 0
Ulasan Penulis : Munafik (2016)
Assalamualaikum w.b.t


Cerita ni keluar dah lama dah, tak silap 25.02.2016 hari tu. Wahhh lamanya cerita ni kat wayang. Baru aku perasan. Orang pun sampai tiga empat lima kali tengok dan aku baru semalam berkesempatan nak tengok kat wayang. Nasib baik abam syamsul extend lagi cerita ni kat wayang untuk lagi dua minggu. Mwahahaha


Mula mula masuk wayang boleh gelak-gelak lagi. Dah start memasing cuak. Haha. Tengah tengah cerita jangan kabo lah. Masing masing tutup muka dengan tangan. Mamat depan aku ni poyo tapi penakut gak. Haha. Tapi serius cerita dari Syamsul Yusuf kali ni memang best. Tak bosan. Mulut memang ikut sekali berzikir baca ayat kursi. Cuak beb. Part last yang bila Pak Osman rupanya dalang disebalik semua yang terjadi. Pak Osman ni tak suka orang yang beriman macam Ustaz Adam and Imam Ali. So dia selalu sihirkan orang kampung. Dia bersekutu dengan iblis laknatullah. Astaghfirulllah. Seram part dia seru iblis syaitan tu. Terkumat kamit mulut aku baca ayat kursi. Memang tekad habislah iblis dan syaitan ni nak sesatkan manusia supaya selalu buat kemungkaran. Dan akan ada lagi satu manusia berketurunan iblis yang akan menyesatkan umat manusia akhir zaman ni iaitu, Dajjal.  

Bagi aku ada pelik sikit lah cerita ni bila boleh Ustaz Adam tu tak sedar yang anak dia Amir pun meninggal sekali dengan wife dia masa accident tu. Haishhh itulah susahnya bila terbawa sangat and tak terima qadha dan qadar Allah. Awal awal masa wife dia meninggal tu pun dah salah dah cara dia bila dia persoalkan kenapa dia kena macam tu. Tapi tu lah. Kita manusia ni lemah. Sesungguhnya Allah takkan memberatkan hamba-Nya dengan ujian yang hamba dia tak boleh nak hadapi. Bak kata Imam Ali semua jawapan kepada persoalan kita ada dalam Al-Quran. 

Bak kata kawan aku. Kita sepatutnya bersukur bila dapat ujian dari Allah. Itu maksudnya Allah ingat dekat kita. Allah sayang kita. Allah nak kita ingat pada Dia. Bila kita ingat Allah, Allah takkan lupa kita. Apa yang kita nak, In sha Allah akan ditunaikan dimakbulkan. Sekian sikit ulasan pasal cerita munafik ni. Banyak pengajaran boleh diambil. Jangan diambil ajaran yang sesat tu. Jangan sesekali menyekutukan Allah. Maaf kalau ada tersalah bahasa, sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk tu dari diri ini.

Sekian. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Hamba Allah yang masih banyak perlu dibaiki, 
Tasnim 






Sunday, November 22, 2015

Dine-in: Pots & Pans, Johor Bahru

November 22, 2015 0
Dine-in: Pots & Pans, Johor Bahru
Assalamualaikum

Hi

Walaupun order dua jenis makanan je, aku tetap nak buat review sikit pasal cafe ni. Macam biasa lah, jalan-jalan cari makan bersama Afiqah and Alina. Skema habis aku taip nama penuh, haha. So, lokasi cafe ni dekat Jalan Bukit Meldrum. Landmark dia Grand Blue Wave Hotel tu. Kalau tak tau, waze je. In sha Allah jumpa. Nak dekat dua bulan aku tak balik Johor, so terpinga-pinga jugak lah bila dorang ajak makan sini. 

Aku order ikan. Alah tak ingat nama menu. Tapi lebih kurang macam ni lah. Pan seared fish with lemon butter sauce and mashed potato kot. Price dia? RM 12.90. SEDAP! Sumpah sedap. Aku suka makan ikan macam ni kot. Macam salmon contohnya. Sebab tu aku rasa sedap je. Sauce dia rasa masam-masam manis lemak gitu. Sedapnyaaa. Macam biasa telan air liur dah ni sambil menaip. 


Pan Seared Fish with Lemon Butter Sauce & Mashed Potato. RM12.90

Mac&Cheese with Chicken Samosa kot. RM 14.90

Monday, September 14, 2015

Girls obsession

September 14, 2015 0
Girls obsession
Assalamualaikum

Hi

Over tak kalau ada penyakit obses ni? Setiap kali ada je benda yang buat aku menjadi sangat obses untuk memiliki, mengguna, dan membelinya. Fuhh nafsu membuak-buak. Setiap masa asyik tengok je benda tu kat internet. Sampai termimpi-mimpi lah. Google sana sini pasal benda yang kita nak tu and try cari harga yang paling murah untuk beli. So tak rasa membazir sangat. Haha

Sebelum ni aku obsessss dengan skincare and supplement for beauty and health. Harhar. Eh tapi sebenarnya aku memang jenis manusia yang mengamalkan pengambilan supplement untuk kesihatan dan kecantikkan. So ada lah aku try Collyberry, OliCandy, AmelFawz beaute skincare and Norain skincare. Semua ni aku terpengaruh dengan orang lain. Ada yang sesuai and ada yang tak berapa sesuai. 

For this time, I am obsessed with gadget like ipod touch 6th generation and makeup things! Oh my God, last cuti sem asyik tengok review pasal ipod and makeup tutorial je kat youtube. Berangan and teringin kot nak pakai makeup. So I think this time I wanna buy some makeup and tools and learn how to apply it. Sejak makin bertambah usia ni hormon nak melawa tu makin membuak-buak. Nak melawa pun bukan sebab laki tapi more to puaskan hati sendiri and build up self confident. Tak salah kan?


Pictures credit to: Google

Makeup goals! Harap boleh dapat collection macam ni, haha. Berangan je lebih. Pakai pun tak reti lagi. Tapi boleh belajar kan. And practice makes perfect kot. Wish me luck!

Thanks for reading.

Yang terlalu obses dengan semua benda,
Tasnim





Thursday, September 10, 2015

Dine-in: Bake N Frost

September 10, 2015 0
Dine-in: Bake N Frost
Assalamualaikum

Hi

Kebarangkalian untuk consistent menaip entri baru di blog adalah sedikit. So sekali sekala je lah kita muncul dengan entri baru. Seminggu sebelum masuk semester baru, macam biasalah keluar jalan jalan cari makan. Kali ni keluar sampai ke Taman Adda Height which is known as Bake N Frost Cafe. Daymmmm sedap gila makanannya. Rasa macam why lah kita baru datang sini. Serius sedap. Highly recomended! You guys can click here for the info about the cafe.






Okay nama panjang makanan ni dah ingat ingat lupa gitu. Yang first tu tak silap Pasta Baked Chicken. The second one, rasanya tortilla wrap with fries and lastly Creamy meatball apa ntah. Haha. Kalau nak tau lebih lanjut you guys datanglah sini try sendiri their foods. Actually ada banyak lagi menu lain. Rasa tak sabar nak balik Johor nak pergi cafe ni lagi. For me, makanan kat cafe ni memang sedap sedap. Ni sambil menaip pun telan air liur. Goshh lapar pulak rasanya. 

Hope you guys enjoy this entry. Thanks for reading.

Yang tengah lapar,
Tasnim