Next step? - Tasnim Hafidz

Sunday, July 31, 2016

Next step?

Assalamualaikum


Hi

Last entry was about a movie review. And it was the first entry of the year. Haha. Tapi takpelah. Aku pun tak sure ada lagi ke orang baca blog aku ni. Kalau ada, terima kasih kerana masih sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni. Busy sangat nak menghabiskan kehidupan sebagai seorang student. bhaha

Kisahnya, aku dah habis study. Tapi tak official lagi. Tengah tunggu result. Mudah-mudahan result yang cemerlang. Final year, final sem. Seriously, payah. Segala macam rasa ada. Gembira, sedih, stress, marah, sendu ahhh semuanya lah. Bercampur aduk. Tapi yang paling banyak membantu mestilah family and kawan-kawan. Kawan especially. Thanks guys atas segala moment suka duka study selama 2 tahun ni. 

Aku rasa macam aku antara orang yang terakhir masa nak hantar thesis minggu lepas. Ada je yang lain yang tak hantar tapi aku dah tak boleh dah lama-lama kat Shah Alam tu. Bosan. Duduk pulak sorang, lagi lah bosan. Jumaat aku hantar thesis kat SV, macam-macam nasihat dia bagi. Thanks Dr Mas, untuk segalanya. 

credit to: Google

Bila melangkah nak balik, baru perasan sedihnya nak tinggalkan tempat belajar sepanjang 2 tahun ni. Hahaha. Mental breakdown aku nak siapkan thesis ni. Bila dah hantar, terasa beban kat bahu tu hilang. Kalau dulu, aku rajin juga balik rumah setiap bulan. Tapi kali ni, raya pun aku tak jejak Johor. Dah nak habis syawal baru aku sampai rumah. Well, adat lah belajar kan. Tapi sedihhhhh. Hahaha

Next step, cari kerja lah apa lagi. Nak sambung master, aku pun tak sure lagi. Dari nasihat Dr Mas, kerja lah dulu. Cari pengalaman. Baru tau rasa macam mana nak survive kat luar ni.

Well lesen kereta pun aku tak amik lagi. Apa lagi dah habis degree ni amik lesen lah. Lambat kan aku? And tolong mama kat kedai. Sesiapa nak cari aku, cari je lah kat medan selera TSP ni. Sebenarnya, baru sehari balik aku dah bosan dah. Kena buat something aku ni. Tak habis dengan bosan. Dan disebabkan bosan tu, maka terjadilah entry ni. Mwahaha

Sekian cerita bosan aku.

Yang bosan, 
Tasnim





4 comments:

  1. Tidaklah bosan mana.. haha... kalau nak sambung belajar, sambung dan fokus. kalau nak kerja, kerja dan fokus... susah dah nak sambung belajar bila dah kerja... tapi itu semua depends on people rite?

    salam kenal \(^^,)/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rite. Tapi rasanya nak kerja dulu lah kot. Kumpul experience dulu. Hehe. Salam perkenalan jgk :)

      Delete