Tasnim Hafidz

Tuesday, September 03, 2019

Escapism

September 03, 2019 0
Escapism
Assalamualaikum 

Hello guys

Escapismthe tendency to seek distraction and relief from unpleasant realities, especially by seeking entertainment or engaging in fantasy (credit to Dictionary).

Well, i really need this right now! 

Rasa penat sangat dah kerja macam ni. Customer dah start ramai. Nak nak sekarang dah nak dekat hujung tahun. Time public holiday memang barai badan dibuatnya. Belum lagi nanti bila dah start cuti sekolah, I mean boleh bayangkan tak ramainya nanti macam mana. Dengan nak hadap macam-macam perangai customer lagi. Salah dia pun dia kata salah kita nanti. Ahhhhhhh! Aku penat!

Tak sabar nak tunggu time cuti aku nanti. Nak pergi bercuti. Tak kisah lah dalam johor ke luar johor ke. Dapat lepak kat hotel, berendam dalam bath tub dengan bath bomb pun ok. Lepak pantai pun best. Ohh tak sabarnya! Sambil taip ni pun buat aku tak sabar dah nak merehatkan diri. 


credit: keepinspiring.me
Yessssssss! Definitely. Sekian luahan hati dari saya yang stress dengan kerja sekarang.

Sincerely,
Tasnim


the tendency to seek distraction and relief from unpleasant realities, especially by seeking entertainment or engaging in fantasy.


Thursday, July 04, 2019

Rindu Blogging

July 04, 2019 0
Rindu Blogging
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi guys

Lamanya tak update blog. Rasa rindu sangat nak blogging. Tapi tu lah, tak ada banyak masa nak menaip. Sekarang dah bulan July. Dah masuk pertengahan tahun dan ini baru update aku yang pertama untuk 2019 ini, kahhhh!

Oh ye baru aku teringat, ini bermakna lagi beberapa hari je nak cukup setahun aku kerja. Aku start kerja masa first August tahun lepas. Wow! Aku sendiri tak percaya yang aku dah kerja nak dekat setahun dah. Dalam kadang-kadang merungut nak berhenti kerja lah, nak cari kerja lain lah, tak larat penat sakit badan apa semua. Tak sangka aku mampu bertahan sampai sekarang ni. Hahaha. 

Well serious talk, jadi cashier untuk retail company yang memang menjadi tumpuan Singaporean memang memenatkan. Sangat-sangat penat. Penat fizikal, mental, emosi, rohani ahhh semua lah. Jerawat kat muka ni jangan cerita lah. Tumit kaki pecah keras semacam ni aku tak tau dah nak buat macam mana. Jenuh dah sapu krim nivea tu. Hahahaha. Doakan aku masih bertahan makan gaji and semoga aku dapat kerja lain yang lebih baik. Eh bukan apa, nak cari pengalaman lain. Kalau boleh biar lah yang kena dengan apa yang aku belajar. Anddddd I LOVE MY JOB! (rolling eyes)

Sekarang kita focus kerja nak kumpul duit untuk diri sendiri and family. Rasanya duit kahwin boleh slow-slow start simpan, cewaaaaaahhh. Jodoh iolls lambat lagi. Mana pergi pun tak tau. ‘Hai awak, kalau tengah baca ni, saya ada je kat sini tengah kumpul duit untuk future kita. Awak pun cepat-cepat lah sikit muncul depan saya, hahahaha.’

Ok sebelum aku merepek lebih jauh, baik kiranya aku tamatkan sampai sini saja. Separuh tahun pertama ni ok lah bagi aku. Takda apa-apa pelik lagi terjadi. Semoga next 6 month ni aku dapat yang manis-manis je. 

Byeeeeee


Thursday, September 06, 2018

Upside Down

September 06, 2018 1
Upside Down
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hello hello hello guys!

Lamanya rasa tak share something dengan korang semua. So hari ni I nak share yang I dah mula bekerja start 1st August yang lepas. I dapat kerja kat Aeon Bukit Indah as a cashier, hahahaha. Saja je try minta jawatan tu sebab I suka betul dengan duit-duit ni, hehehe. And bila dah kerja, baru kau sedar yang sebenarnya bukan pasal duit je kena fikir, tapi kena deal dengan perangai-perangai customer. Damn, I dah lah loser sikit bab kena deal dengan customer. Stress juga kadang-kadang.

SGT (smile, greet, thank you) ni memang wajib bila layan customer, tapi selalu kalau dah que panjang, buat kerja tu memang serius je lah. Nak habis cepat kan. Tapi takda lah tak senyum langsung, tak say thank you. Selalunya greet je lah terlepas. Nak cepat terus tanya member card ada tak, hahahaha. 

Credit photo: Catherine Vibert
Eh rasa  nak cerita benda lain tadi. Ok lah start kerja awal-awal dulu masuk pukul 9 balik pukul 6. Dah lama sikit masuk pukul 10. Gerak dari rumah kena sejam awal sebab I jenis yang tak suka lambat. Awal-awal life I memang upside down lah, Sebab nak cope dengan jadual baru. Bila dah start OT lagi lah terus takda life. Keluar 10am balik 11pm. Balik makan lepas tu terus tidur. Tak ada masa nak tengok tv nak bergembira. Dengan kawan-kawan lagi lah. Dah sebulan tak jumpa langsung. Last jumpa masa majlis Pyka. Kecuali Linda, dia setia datang melawat I kat kedai.

Overall, walaupun penat, sakit belakang sakit kaki kadang-kadang, I suka je kerja I. Well baru nak cari pengalaman. Umur dah suku abad tapi pengalaman kerja tak ada. Doa-doa lah I dapat kerja dengan baik and kumpul pengalaman banyak-banyak. CUkup setahun, tengok lah nak cari kerja lain ke tak. Ini pun belum tentu I bertahan sampai setahun, haha. Yelah kita cuma merancang tapi Dia yang menentukan.

Semoga I terus gembira dengan kerja I. Thanks for reading guys.

Yang bercuti hari ni,
Tasnim








Tuesday, July 24, 2018

Bachelorette Party

July 24, 2018 1
Bachelorette Party
Assalamualaikum

Hi guys

Sabtu lepas, kitorang ada buat a  simple bachelorette party cum baby shower for our dearest friends. Two mummy-to-be and three bride-to-be. Disebabkan ketiga-tiga bakal pengantin dah nak menamatkan zaman bujang diorang, alang alang tu kita buat sekali. Semua dah nak kahwin dah, start bulan July ni berderet sampai bulan September. 

Tema kita buat pyjama party. Maka macam-macam jenis style ada, and aku tak ikut tema pun. Tak jumpa pyjama murah-murah. Last-last mix and match je. Habis cerita. Dengan penatnya pagi tu cari barang kehulu kehilir dari Kulai sampailah ke bandar sana, plus lapar tak sempat nak makan. Untuk makanan, beli set ayam McD, Domino's Pizza and nasi goreng sikit. Sebab masing masing baru balik kerja, mesti lapar. 

Tiga dara manis. Dari kiri Pyka, Amira, Wan

The Babies

Takda gaya lain dah gaya dua lipa ni jugak wajib ada





Two happy mummy to be






Malam tu riuh rendah lah semua berkumpul, bercerita. Gelak macam tak hingat dunia. Nasib baik bilik sebelah kosong. Lepas ni sorang-sorang tamat zaman bujang. Dah susah nak lepak macam dulu. Hahaha. They are my happy pills selain dari family. They always been there for me. Thank you for the great moment guys. Semoga segala urusan korang yang nak berkahwin dan nak ada anak ni dipermudahkan semuanya. Oh ye sorang tak ada sebab dia tak dapat cuti. Kalau tak ada sembilan orang semuanya. Tinggal lagi tiga je lah majlis untuk tahun depan atau seterusnya. Hahaha

So thanks for the reading guys. Doakan aku cepat bertemu jodoh. Rasa lonely pulak lepas ni. Hahaha

Yang masih bujang,
Tasnim





Sunday, May 06, 2018

Wattpad Pilihan Hati

May 06, 2018 3
Wattpad Pilihan Hati
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi guys!

Dulu zaman muda mudi, I suka baca novel. Siapa yang kenal I, akan tau setiap kali dapat baucer buku, I akan habiskan dengan beli novel dulu, hahaha. Tak novel pun, I suka borong stationary banyak-banyak, hehe. Buat collection, mana tau adik nak pakai tiba-tiba ke. I pun sampai sekarang still pakai lagi alat-alat tulis ni. Sebab I terjebak dengan Bullet Journal. Biasalah Tasnim, apa je yang dia tak terjebak kan, hehehe.

Semenjak dah tak dapat baucer buku ni, tambah pulak dengan bertambahnya usia, and bertambahnya bil yang perlu dibayar, dah lama rasanya I tak beli novel baru. Tahun lepas rasanya I baru tau adanya wattpad ni. Hmm kesian I. Lambat betul taunya. And its free! I cuma perlu ada internet yang mencukupi untuk baca semua karya-karya penulis yang ada. 

Rasa macam banyak dah karya diorang yang I baca. Ada beberapa penulis kegemaran. I ni memang memilih sikit baca. Tajuk tak kisah, pelik macam mana pun I tak kisah sangat. First yang I tengok, sinopsis. Kalau best, second I tengok cara penulisan diorang. I suka yang tersusun, yang tak panjang sangat setiap paragraph, tulisan tak bercampur kecik besar, tak italic semua tulisan, tak banyak sangat typo, typo sikit-sikit boleh lagi kalau banyak terus takda mood nak baca. 

Third, I tengok complete ke tak cerita tu. Tak complete malas baca, hold dulu, hahaha. Sebab I akan baca cerita tu sampai habis, time tu jugak, and hari tu jugak. Kecuali kalau penulis tu memang dah buat I jatuh hati dengan cerita dia, penulisan dia. I sanggup tunggu satu persatu update dia sampai habis, hehehe. I tak suka sad ending! Sedih. Tak sukanya. I kan suka berangan, mestilah menjiwai, menghayati watak. Hmmm

Ada satu cerita tu, Satu Mimpi kot, sedihnyaaaaaaaa. I tak boleh terima heroin dia mati dalam masa sama laki dia tak percaya dia. I hate guy macam tu. Geram! Dah hujung-hujung baru tau bini dia sakit, tak salah. Dah mati baru nak menyesal. Ahhhh benci! Tapi itu maksudnya penulis dia buat cerita yang baik, yang disampaikan dengan baik, sebab pembaca seperti I emosi teruk, hahahahaha. Eh panjang pulak I bebel. Hari-hari I sekarang memang akan bukak twitter, instagram and wattpad je. Ada update I baca, bosan sangat I ulang balik cerita lama, hehehe. 

Credit to: Betakit.com

Ok lah guys, I taip panjang-panjang ni, takut bosan pulak korang baca. Siapa yang baca sampai habis, thank you! 

Yang suka novel,
Tasnim