Dine-in: Pots & Pans, Johor Bahru - Tasnim Hafidz

Sunday, November 22, 2015

Dine-in: Pots & Pans, Johor Bahru

Assalamualaikum

Hi

Walaupun order dua jenis makanan je, aku tetap nak buat review sikit pasal cafe ni. Macam biasa lah, jalan-jalan cari makan bersama Afiqah and Alina. Skema habis aku taip nama penuh, haha. So, lokasi cafe ni dekat Jalan Bukit Meldrum. Landmark dia Grand Blue Wave Hotel tu. Kalau tak tau, waze je. In sha Allah jumpa. Nak dekat dua bulan aku tak balik Johor, so terpinga-pinga jugak lah bila dorang ajak makan sini. 

Aku order ikan. Alah tak ingat nama menu. Tapi lebih kurang macam ni lah. Pan seared fish with lemon butter sauce and mashed potato kot. Price dia? RM 12.90. SEDAP! Sumpah sedap. Aku suka makan ikan macam ni kot. Macam salmon contohnya. Sebab tu aku rasa sedap je. Sauce dia rasa masam-masam manis lemak gitu. Sedapnyaaa. Macam biasa telan air liur dah ni sambil menaip. 


Pan Seared Fish with Lemon Butter Sauce & Mashed Potato. RM12.90

Mac&Cheese with Chicken Samosa kot. RM 14.90



Satu lagi dorang order Mac&Cheese. Sedap juga, cuma bukan style tekak aku lah makan cheese ni, haha. Rugi kan? Tapi apakan daya, tekak tak berkenan. Harga dia kalau tak silap dalam RM 14.90 kot. Kalau tak silap lah. Pyka resit awal awal dia dah buang. Hawau betul. Kalau nak diikutkan dorang nak order spagetti egg yolk tu. Alah tak tau nama menu tapi yang guna telur masin yang kuning lemak dap dap tu, haha. Katanya sedap gila. Tapi tak ada time ktorang datang sebab takdak stock, supplier tak hantar lagi. 

Antara cafe yang aku recommend korang datang makan. Jangan cakap aku recommend pergi cafe hipster je ea. Mamak pun aku layan okay. Bawak je aku pergi mana aku makan je. Yang penting ada makanan and makanan tu sedap. Haha. Sekian sahaja sesi melangha malam ni.


Yang suka makan jiddan,
Tasnim



No comments:

Post a Comment