Jealous - Tasnim Hafidz

Tuesday, April 24, 2018

Jealous

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi

Lamanya tak update blog. Tahun 2018 dah nak masuk bulan 5 dah, tapi ini baru entry yang pertama untuk tahun ni. Lamanya tak bukak blog, blogwalking sana sini, hahaha. Nak kata busy, tak ada lah busy mana pun. Cuma malas nak bukak laptop je, hahaha. Nak update blog ke apa semua I selesa guna laptop. So kalau dah malas nak buat yang satu tu, malas semuanya lah.

I tetiba terasa nak share pasal bertapa jealousnya I tengok blog orang lain. Semua lawa kemas comel je blog dorang. Blog I ni I tengok macam tak menarik, haha. Tak tau nak ubah macam mana dah. Berapa banyak template dah I download and try. Still tak jumpa yang memuaskan hati. Kalau ada yang berkenan pun, hmm orang dah guna and orang punya, hehe. Ada satu tu, blog erin rasanya. Lawa je kemas tengok. 

Nak invest duit beli template yang menarik pun I rasa macam I tak update sangat blog. So macam rugi pula. Lain lah kalau I memang blogger tegar. Tak ada masalah kat situ. Lagi satu, I rasa macam I ni cerewet sikit and cepat bosan. Dah kalau cepat bosan tu, nanti tetiba nak tukar template lain, hehe. Maaf lah, I memang perangai sikit. 

I think I prefer minimalist style. Credit pic: Minimalism

Sekian serba sedikit luahan cemburu I terhadap blogger blogger yang ada blog yang kemas dan cantik. Hmm you all tengok lah dulu blog I macam ni. Gamaknya kalau tetiba jadi menarik or okay sikit tu, maksudnya I tengah rajin atau I ada duit lebih dengan purchase template yang memuaskan hati I, mwahahaha. Okay lah. Em nak wish happy new year macam dah terlambat sangat. Okay lah, happy reading my first entry guys. 

Sekian luahan cemburu,

Tasnim



3 comments:

  1. Mai pun adore sgt template Erin..Tp template awak ni dah kemas & cantik dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok je kan template ni? haha sejenis tak reti bersyukur pun ada jugak ni perangai. Btw thanks mai singgah blog tak seberapa kita ni :)

      Delete
  2. But your blog design is pretty too!

    ReplyDelete