2016 - Tasnim Hafidz

Monday, September 05, 2016

Current obsession

September 05, 2016 5
Current obsession
Assalamualaikum 


Hi

Tasnim and her obsession berpisah tiada. Sebelum ni dok berangan nak ada set makeup tapi hampeh. Tak reti pakai and duit pun takdak. Biasalah student. Ada banyak lagi tuntutan lain. Maka terkuburlah cita-cita tu. Tapi tapi sekarang lain pula yang aku nak. Mana datang rasa ni pun tak tau lah. Oh maybe lepas aku terpengaruh tengok Get It Beauty yang pasal face cleansing yang guna Clean It Zero balm from Banila Co. 

OMG, baru aku tersedar dah lama aku tak manjakan kulit muka aku ni. Sepanjang last sem aku pakai cleanser je. Toner moisturizer apa semua tak pakai. Muka tak jaga langsung. Patut takde yang berkenan. Macam mak lampir gamaknya bila terpandang aku, hahaha.

Ok takda lah sampai macam tu. So lepas terjebak dengan rancangan Get It Beauty tu mula lah aku menggunakan khidmat Google yang setia untuk search product tu. Dia punya terpengaruh tengok dia cuci muka bersih dari makeup but muka still lembap. Ommo aku kena dapatkan satu ni, mwahaha. 

Maka bermulalah era aku asyik tengok website or youtube pasal skincare ni. Dari youtube baru aku tau kewujudan Soko Glam ni. Weyh banyak info kot dari website tu. But mestilah banyak pasal asian beauty terutamanya Korea.

Dari yang aku baca, Korean punya skincare routine ada 10 step kot. Setakat yang aku tau cleanser-toner-moisturizer je. Noobnya aku, ahahaha. Dorang amalkan double cleanser which first oil cleanser then water-based cleanser. Kalau ikut aku yang noob ni lepas cuci muka pakai toner and pelembap dah. Tapi kalau dorang ada exfoliate lah, essence, serum/ampoule, mask.

image via youtube
You  can click the link to watch a video about the 10-steps routine.


So dari bacaan aku 10-step Korean skincare routine ni include: 1) eye, lip, makeup removal 2) oil cleaser 3) water-based cleanser 4) toner 5) exfoliate 6) essence 7) serum 8) eye cream 9) moisturizer 10) night cream/sunscreen. Tapi rasanya ada je yang boleh dikurangkan. Yang exfoliate tu pun bukan tiap hari. Untuk info lebih lanjut bolehlah tengok sendiri kat website SOKOGLAM!

image via Sokoglam


Disebabkan obsesi ini, aku asyik usha je mana nak beli products skincare ini. Antara jenama yang aku aim nak beli: Cosrx, Missha, Innisfree, Skinfood, SU:M37, Sulwhasoo (mahal gila. takpe usha je) and macam-macam lagi lah yang menarik, hahaha. Gigih kumpul duit ni nak jaga kulit. Well, nak kulit sihat bersih mestilah kena jaga and treat elok-elok. hehe


Sekian cerita obsesi aku.


Yang suka obses kat sesuatu,
Tasnim





Sunday, July 31, 2016

Next step?

July 31, 2016 4
Next step?
Assalamualaikum


Hi

Last entry was about a movie review. And it was the first entry of the year. Haha. Tapi takpelah. Aku pun tak sure ada lagi ke orang baca blog aku ni. Kalau ada, terima kasih kerana masih sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni. Busy sangat nak menghabiskan kehidupan sebagai seorang student. bhaha

Kisahnya, aku dah habis study. Tapi tak official lagi. Tengah tunggu result. Mudah-mudahan result yang cemerlang. Final year, final sem. Seriously, payah. Segala macam rasa ada. Gembira, sedih, stress, marah, sendu ahhh semuanya lah. Bercampur aduk. Tapi yang paling banyak membantu mestilah family and kawan-kawan. Kawan especially. Thanks guys atas segala moment suka duka study selama 2 tahun ni. 

Aku rasa macam aku antara orang yang terakhir masa nak hantar thesis minggu lepas. Ada je yang lain yang tak hantar tapi aku dah tak boleh dah lama-lama kat Shah Alam tu. Bosan. Duduk pulak sorang, lagi lah bosan. Jumaat aku hantar thesis kat SV, macam-macam nasihat dia bagi. Thanks Dr Mas, untuk segalanya. 

credit to: Google

Bila melangkah nak balik, baru perasan sedihnya nak tinggalkan tempat belajar sepanjang 2 tahun ni. Hahaha. Mental breakdown aku nak siapkan thesis ni. Bila dah hantar, terasa beban kat bahu tu hilang. Kalau dulu, aku rajin juga balik rumah setiap bulan. Tapi kali ni, raya pun aku tak jejak Johor. Dah nak habis syawal baru aku sampai rumah. Well, adat lah belajar kan. Tapi sedihhhhh. Hahaha

Next step, cari kerja lah apa lagi. Nak sambung master, aku pun tak sure lagi. Dari nasihat Dr Mas, kerja lah dulu. Cari pengalaman. Baru tau rasa macam mana nak survive kat luar ni.

Well lesen kereta pun aku tak amik lagi. Apa lagi dah habis degree ni amik lesen lah. Lambat kan aku? And tolong mama kat kedai. Sesiapa nak cari aku, cari je lah kat medan selera TSP ni. Sebenarnya, baru sehari balik aku dah bosan dah. Kena buat something aku ni. Tak habis dengan bosan. Dan disebabkan bosan tu, maka terjadilah entry ni. Mwahaha

Sekian cerita bosan aku.

Yang bosan, 
Tasnim





Sunday, April 03, 2016

Ulasan Penulis : Munafik (2016)

April 03, 2016 0
Ulasan Penulis : Munafik (2016)
Assalamualaikum w.b.t


Cerita ni keluar dah lama dah, tak silap 25.02.2016 hari tu. Wahhh lamanya cerita ni kat wayang. Baru aku perasan. Orang pun sampai tiga empat lima kali tengok dan aku baru semalam berkesempatan nak tengok kat wayang. Nasib baik abam syamsul extend lagi cerita ni kat wayang untuk lagi dua minggu. Mwahahaha


Mula mula masuk wayang boleh gelak-gelak lagi. Dah start memasing cuak. Haha. Tengah tengah cerita jangan kabo lah. Masing masing tutup muka dengan tangan. Mamat depan aku ni poyo tapi penakut gak. Haha. Tapi serius cerita dari Syamsul Yusuf kali ni memang best. Tak bosan. Mulut memang ikut sekali berzikir baca ayat kursi. Cuak beb. Part last yang bila Pak Osman rupanya dalang disebalik semua yang terjadi. Pak Osman ni tak suka orang yang beriman macam Ustaz Adam and Imam Ali. So dia selalu sihirkan orang kampung. Dia bersekutu dengan iblis laknatullah. Astaghfirulllah. Seram part dia seru iblis syaitan tu. Terkumat kamit mulut aku baca ayat kursi. Memang tekad habislah iblis dan syaitan ni nak sesatkan manusia supaya selalu buat kemungkaran. Dan akan ada lagi satu manusia berketurunan iblis yang akan menyesatkan umat manusia akhir zaman ni iaitu, Dajjal.  

Bagi aku ada pelik sikit lah cerita ni bila boleh Ustaz Adam tu tak sedar yang anak dia Amir pun meninggal sekali dengan wife dia masa accident tu. Haishhh itulah susahnya bila terbawa sangat and tak terima qadha dan qadar Allah. Awal awal masa wife dia meninggal tu pun dah salah dah cara dia bila dia persoalkan kenapa dia kena macam tu. Tapi tu lah. Kita manusia ni lemah. Sesungguhnya Allah takkan memberatkan hamba-Nya dengan ujian yang hamba dia tak boleh nak hadapi. Bak kata Imam Ali semua jawapan kepada persoalan kita ada dalam Al-Quran. 

Bak kata kawan aku. Kita sepatutnya bersukur bila dapat ujian dari Allah. Itu maksudnya Allah ingat dekat kita. Allah sayang kita. Allah nak kita ingat pada Dia. Bila kita ingat Allah, Allah takkan lupa kita. Apa yang kita nak, In sha Allah akan ditunaikan dimakbulkan. Sekian sikit ulasan pasal cerita munafik ni. Banyak pengajaran boleh diambil. Jangan diambil ajaran yang sesat tu. Jangan sesekali menyekutukan Allah. Maaf kalau ada tersalah bahasa, sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk tu dari diri ini.

Sekian. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Hamba Allah yang masih banyak perlu dibaiki, 
Tasnim