2011 - Tasnim Hafidz

Thursday, December 08, 2011

미안해

December 08, 2011 3
미안해
kehadapan demok, 

 sorry lah. waktu tu aku tak da mood. tak pasal-pasal kau kena. sorry lah. terseksa wey jiwa dan raga ni. jangan lah ignore aku. kau tau lah kan aku macam mana. mana berani nak tegur dulu. sebab tu aku paling nyampah nak carik pasal dengan kau. nanti aku jugak yang susah. sorry  :( aku rindu kau

yang bersalah ,
  tasnim


Friday, June 10, 2011

malunyaaaa

June 10, 2011 0
malunyaaaa


okay, rasa-rasanya mesti awak dah teroka blog saya bukan ? malunyaaaaaa saya. terasa macam bengang pula. mesti awak fikir yang bukan-bukan kan ? arggghhh , malunyaa.


 rasa macam nak sembunyi dalam kelambu je. err , sila buat-buat tak tau je pasal apa yang saya post tu. saya gila kot time tu. maaf. 

Tuesday, May 31, 2011

UiTM Kuala Pilah

May 31, 2011 1
UiTM Kuala Pilah
Assalamualaikum

source: googleimage


Sekarang ini aku sudah pun bergelar mahasiswi UiTM Kuala Pilah. Bangganya , siapa yang tak bangga kalau dia sudah bergelar mahasiswi bukan? Aku bangga tapi bukan sampai tahap riak tak ingatlah kan. Bangga kerana dapat membanggakan mama and abah aku. Boleh tak macam tu? Haha! Masa mula-mula datang ke UiTM Kuala Pilah ni kan , memang dasyat lah kan. Dekat jalan tu penuh dengan taik lembu lah, tepi jalan ada kubur cina , india and perkuburan islam. Senang cerita , 1Malaysia lah. Haha! Aku tak heran sangat dengan jalan kampung ni sebab aku dah biasa. Kampung aku kat kedah tu pun macam gini juga. So aku tak heran sangatlah.

Duduk kat UiTM Kuala Pilah ni memang best sebab dapat rasa suasana kampung. Sejuk je mata tu bila memandang pelbagai pokok dan tumbuhan yang menghijau. Tak adalah cramp sangat mata aku ni bila duduk kat sini, haha. Malam-malam tidur sejuk. Pagi-pagi pula ada kabus. Wahh! Rasa macam dekat genting highland pulak. Senior kat sini ada yang kata benting highland. Okay lah tu kan, sesuai ! haha

Hari ini baru aku nak cerita serba sedikit tentang MDS yang telah pun seminggu berlalu. Mengikut pengalaman yang telah aku lalui serta hadapi, MDS UiTM Kuala Pilah sangatlah BEST! Pehh, best habislah. Masa mula-mula tu memang merungut juga lah sebab kena jalan jauh-jauh untuk pergi ke bilik seminar. Ulang alik dari kolej ke bilik seminar memang rasa nak hantuk kepala je penatnya. Kalau time ceramah tu tak tidur memang bukan aku lah kan. Haha! Tapikan , masa tayangan cerita Hati Malaya tu tak tidur pula aku, haha. Mungkin sebab dah nak dekat habis MDS kot. Haha! Tapi bila dah habis MDS tu rasa sedih pulak. Dah tak ada akak-akak and abang-abang pm suruh kita orang jalan cepat-cepat, makan cepat-cepat and semuanya cepat-cepat. rindu dekat mds boleeee? ngee~






Tuesday, April 19, 2011

happy 18teen Linda Amjis !

April 19, 2011 0
happy 18teen Linda Amjis !
at last , ada jugak entri khas untuk hang ye Linda Amjis oii
HAPPY BIRTHDAY linda !!


hamik ni ! aku bagi kat hang . khas untuk hang tau . hang suka tak ? terima kasih tasnim? eh , sama - sama lah ceq oii . ini aje lah yang aku mampu bagi kat hang , hehe . hadiah tu . erm , nanti dulu lah ye . tak jumpa - jumpa yang menarik lah , haha .

happy birthday kawan *aku copy pic hang tau

apa - apa pun , selamat hari tua linda . dah 18 tahun dah hang . dah cukup umurlah , haha . semoga hang sentiasa sihat , berjaya , bahagia dan ceria - ceria selalu . good luck untuk interview CIKGU hang tu , haha . aku nak hang tau yang aku sayang sangat kat hang and depa - depa yang lain , hehe .  jangan lupa aku tau ! assalamualaikum~~ muah muah! XOXO





Monday, April 18, 2011

fine !

April 18, 2011 0
fine !


aku benci kau ! aku benci kau sangat sangat . aku tak nak ingat pasal kau lagi lepas ni ! aku BENCI kau ! kalau lah aku boleh berhenti fikir pasal kau alangkah amannya hidup aku ni . mulai hari ini aku akan berhenti ingat pasal kau . terima kasih untuk segalanya . semoga kau bahagia dengan si dia .

Saturday, March 05, 2011

for you~~

March 05, 2011 1
for you~~

yeah ! it's true that love is a goodnight kiss

so , goodnight everyone . sweet dream . sleep tight , haha

have a better sleep guys ! mmuah :)

assalamualaikum ~~

Thursday, March 03, 2011

amira saat !

March 03, 2011 6
amira saat !
amira saat ! awak baca blog saya ya ? haha

terima kasih lah sebab sudi baca blog saya ni , huhu . saya buat entri khas untuk awak ya amira saat . jangan menangis sebab terharu pulak ya , haha  *awak kan cengeng 

amira binti saat . itulah gerangan kawan saya yang seorang ni . sangat gedik dan manja . tapi saya suka kawan dengan awak tau amira saat . dan juga yang lain - lain . tapi malam ni saya buat entri khas untuk awak , haha . saya kenal awak masa kita tingkatan 4 kan . time tu saya tak berapa suka dengan awak sebab awak suka berkepit dengan syila saya , haha . kesian awak masa mula - mula masuk sekolah dulu . kena buli . siap dapat panggilan cootep dan melekat sampai sekarang ni , haha . kesian kesian .

 tapi lama - lama bila dah kenal awak , saya suka kawan dengan awak . awak ni manja manja gedik tapi awak baik . lama - lama kita semua rapat dan menjadi kawan baik sampai lah sekarang . susah senang kita semua kita laluinya bersama - sama kan , haha . saya rindu awak lah amira saat . tak apa . ahad nanti kita keluar ya amira saat . saya tanya mak saya dulu ok ? 

nak tengok siapa amira saat ni ? ini dia 
.
.
.
.
.
.
v

( saya copy pic awak , jangan marah tau )

comel kan dia ? kan kan kan ? haha . rindu kat awak lah amira saat . kalau nak kenal dengan dia boleh lah view facebook dia ni . sila tekan sini , hehe . jangan marah ea tep . aq popularkan kau kat sini tau :)

ok lah , sampai sini sahaja coretan saya pada malam ini . sekali lagi amira saat , jangna nangis tau kalau terharu , hehe . selamat malam semua ~~

Sunday, February 27, 2011

terima kasih

February 27, 2011 4
terima kasih
assalamualaikum semua =)
senyum lebar kau malam ni ye tasnim , menang ekor ke ? haha , choii ! tak main lah nombor-nombor ni . hehe , tak ada lah . saje nak senyum pun tak boleh ke ? apa lah korang ni . malam ini aku sedikit gembira kerana followers aku sudah mencecah ke angka 21 . walaweh , baru 21 ke . itu pun nak happy ke ? hoho , mestilah mau happy . ingat senang ke orang nak follow blog kite ni . okey lah dah ada 21 , dari sifar. kan kan kan ? *sambil menghangguk kepala. terima kasih lah kepada semua followers aku , huhu . macam apa aje kan , haha 


baiklah , kita sambung kembali . sejak petang semalam hinggalah ke malam ini kan , kat taman aku ni ada buat function . wow ! meletup gitu . ada dangdut . goyang jangan tak goyang nyahh , haha . setahu aku ada pertandingan karaoke aje tapi tak sangka pula semeriah bergini , ada khemah and pentas pebagai , hehe . meriah mak tengok tadi . siap jemput artis seberang . tapi dangdut punya lah , haha . ohh , sangatlah meriah . tak sangka mak , haha . okey , aku dah ngantuk . nak tidur dulu . selamat malam semua . assalamualikum~~

Tuesday, February 22, 2011

buat cik anggun

February 22, 2011 1
buat cik anggun
hello semua ! haha , setelah sekian lama saya tak menaip , hari ini saya tergerak untuk membuat entri untuk cik anggun . korang boleh lah view blog beliau : asyilotecelup . kalau tak pun korang leh view facebook dia Asyilahhf Blossom . dia memang anggun lah , haha . comel jek . cik anggun ni ada tolong mempopularkan saya  yang tak popular ni kat blog dia . maka saya pun hendak balas balik , lalu saya turut mempopularkan dia yang anggun ni di blog saya . tolong menolong amalam mulia kan . kan kan kan ? jadi kita kene lah tolong menolong antara satu sama lain , hehe . dia ni rajin juga comment kat blog saya . ini bermakna ada lah jugak insan yang sudi mengview blog saya yang tak femes ni , haha . okey lah , itu saja dari saya pada malam ini . selamat malam semua ! 

Sunday, February 20, 2011

February 20, 2011 9

Friday, January 14, 2011

contest paling mudah :))

January 14, 2011 5
contest paling mudah :))
 tengah - tengah blogwalking tadi , jumpa contest ni .  
memang mudah pun , semudah tajuk contestnya .
Contest Paling Mudah
tasnim dah join . korang bila lagi ?
nak join ? just klik sini


mudah je contest ni . tapi try punya try punya try , paling tinggi tasnim dapat 175 markah je . huhu . okey la tu , daripada dapat kosong . haha . jemputlah join contest ini :)

Friday, January 07, 2011

hari yg ceria !! :)

January 07, 2011 5
hari yg ceria !! :)

6 januari 2011 .. :)) hari yang ceria bagi aq dan teman teman yang lain .. best sgt kan semalam korang .. aq tergelak gelak smpai tergolek golek di malam hari and nasib baik x kene sound dengan mam aq tw ! korang mmg terbaik la .. kredit utk Nazheef Ikhwan si pencetus idea , Linda Amjis , Amira Mia , Amira Jamaludin , Mohamad Azim Arbain , Huzairi Nasir , Rafizzie Othman !
semalam mmg ceria lah ! hahahah.. :) nak tw ap yg menyebabkan aq tergelak sorang sorang macam orang 3 suku je semalam ?? okay aq tunjuk kan .. tgk la surat kabar ni :)))

tak pasal pasal linda dituduh curi arai lai .. hahaha

opss! no comment utk yang ini .. :)

 ada sesiapa yang setuju ngn tajuk berita ini ?? :)

tak pasal pasal my syg pun kne sekali .. haha ..
jangan nanges ye tep .. :)

and last but not least .. puteri katak ?? hahaha
cam x nak berdekah dekah pulak aq ketawa ..
naseb x sakit tekak aq ni .. haha :)


hot tak babah pnye news paper ?? hahah sampai penuh email aq taw ! ngeee .. apa apa pun .. korang mmg terbaik la guys ! thanks  you all for a great time last night ! i will not forget about it .. miss you guys damn so much !! bile kte leh hangout same same ek ?? haha 

p/s : happy always !