source: googleimage
Sekarang ini aku sudah pun bergelar mahasiswi UiTM Kuala Pilah. Bangganya , siapa yang tak bangga kalau dia sudah bergelar mahasiswi bukan? Aku bangga tapi bukan sampai tahap riak tak ingatlah kan. Bangga kerana dapat membanggakan mama and abah aku. Boleh tak macam tu? Haha! Masa mula-mula datang ke UiTM Kuala Pilah ni kan , memang dasyat lah kan. Dekat jalan tu penuh dengan taik lembu lah, tepi jalan ada kubur cina , india and perkuburan islam. Senang cerita , 1Malaysia lah. Haha! Aku tak heran sangat dengan jalan kampung ni sebab aku dah biasa. Kampung aku kat kedah tu pun macam gini juga. So aku tak heran sangatlah.
Duduk kat UiTM Kuala Pilah ni memang best sebab dapat rasa suasana kampung. Sejuk je mata tu bila memandang pelbagai pokok dan tumbuhan yang menghijau. Tak adalah cramp sangat mata aku ni bila duduk kat sini, haha. Malam-malam tidur sejuk. Pagi-pagi pula ada kabus. Wahh! Rasa macam dekat genting highland pulak. Senior kat sini ada yang kata benting highland. Okay lah tu kan, sesuai ! haha
Hari ini baru aku nak cerita serba sedikit tentang MDS yang telah pun seminggu berlalu. Mengikut pengalaman yang telah aku lalui serta hadapi, MDS UiTM Kuala Pilah sangatlah BEST! Pehh, best habislah. Masa mula-mula tu memang merungut juga lah sebab kena jalan jauh-jauh untuk pergi ke bilik seminar. Ulang alik dari kolej ke bilik seminar memang rasa nak hantuk kepala je penatnya. Kalau time ceramah tu tak tidur memang bukan aku lah kan. Haha! Tapikan , masa tayangan cerita Hati Malaya tu tak tidur pula aku, haha. Mungkin sebab dah nak dekat habis MDS kot. Haha! Tapi bila dah habis MDS tu rasa sedih pulak. Dah tak ada akak-akak and abang-abang pm suruh kita orang jalan cepat-cepat, makan cepat-cepat and semuanya cepat-cepat. rindu dekat mds boleeee? ngee~
tahniah Tasnim.. bljr rjin2 r.. jga dri kt tmpt org 2 k.. take cre
ReplyDelete