Tasnim Hafidz

Sunday, May 24, 2015

Hati Tisu

May 24, 2015 0
Hati Tisu
Assalamualaikum

Hi

Wahhhh bestnya weekend kali ni tak banyak kerja sangat. Dapat lah berehat sikit. Definisi berehat bagi aku apa lagi kalau bukan baring, tidur, makan, tengok tv, main phone and ulang balik perkara yang sama selama dua hari. Ya, dua hari. Sabtu dan Ahad. Emm. Padahal minggu depan ada test. Dasar student derhaka. Bukannya nak study awal-awal. 

Well, satu benda yang aku selalu buat untuk luangkan masa. Ok bukan luangkan, emmm habiskan masa. haa! that's it. Untuk habiskan masa yang ada, kekadang aku suka baca cerpen dekat penulisan2u.my hihi. Novel, cerpen. Dua-dua aku layan. Macam yang aku pernah bagi tau sebelum ni, aku memang kuat berangan. Ni semua salah cerpen and novel lah. Always happy ending, sweet sweet. Mula aku berangan nak ada life macam tu. Stresss!


source: Google


Oh ya cerita pasal hati tisu, yes, hati aku memang hati tisu. Nak nak kalau tengah baca cerpen or novel yang sedih. Tu dia, habis basah baju buat lap ayaq mata, hihi. Tak menahan pun lah ayaq mata ni, nak jugak buat tuan dia malu. Kejap kejap sok sek hidung bunyi sebab nak tarik nafas. Hingus block, haha. Roomate pun dah faham dah kalau tetiba diorang nak bercakap dengan aku, and aku dok lap mata dengan baju. Err tak senonohnya. Tapi nak buat macam mana, dah memang pesen senang nak menangis kalau baca cerita sedih, Tu belom lagi cerita hindustan. Tudiaa, lagi dasyat ayaq mata mengalir. hehe

So, ini merupakan salah satu perangai pelik aku. Baca cerpen pun boleh nangis, hehe. Btw, untuk bakal suami, jangan lah pelik kalau tetiba bila kita dah kahwin, saya melalak tetiba bila pandang laptop or phone. Tu mesti sebab saya tengah baca cerita sedih. Awak buat tak tahu je tau, haha.

Yang cengeng, 
Tasnim

Sunday, May 10, 2015

Sejarah dan Tidur

May 10, 2015 0
Sejarah dan Tidur
Assalamualaikum

Hi

Ada sesiapa yang suka sejarah? Anyone? Tak kesah lah sejarah negara ke luar negara ke sejarah Islam ke or apa apa yang dinamakan sejarah. Aku respect betul kalau korang minat sejarah ni. Aku tak berapa minat sejarah ni sebab bila baca je mulalah mata jadi kuyu tak bermaya bagai bunga tak disiram air. Haha. Mata aku memang selalu kuyu. Tee-heeeee

Semester ni aku kena ambil subjek Sejarah Malaysia (CTU555). Siapa Uitm dia tau lah. Sobsobssss. Tak sukanya. Banyak nak kena ingat. Tu semua fakta. Mana boleh main tibai je. Kalau dah boleh rebus buku lepas tu minum air rebusan and terus berdesup ingat semua fakta kan bagus.
Bukan apa, baru selak dua tiga muka surat mulalah menguap macam badak. Semua perkara yang selain dari baca sejarah nampak menarik. Pokok pangkalnya weekend yang ada dua hari ni pun tak mampu buat aku ingat segala fakta yang ada.

Tapi sebenarnya, Sejarah ini penting.  Dari sejarah lah kita tahu asal usul kita. Dengan sejarah lah kita boleh nak mengupgrade kan diri jadi lebih baik. Dan dengan sejarah lah kita akan cuba untuk memajukan masa depan kita. Sejarah juga mampu buat kita sedar diri. Hahaha. Yang tak sedar diri tu boleh buka buku sejarah balik and fahami betul betul (tetiba rasa motivate nak baca sejarah). Haha. Especially sejarah Islam. Indah tahu? Ok lah, nak sambung study.

Image result for history future quotes landscape
Indeed :) source: Google

Thanks for reading.

Yang tetiba rasa motivated,
Tasnim

Hectic vs Relax

May 10, 2015 0
Hectic vs Relax
Assalamualaikum

Hi

Last week. I mean, the week after my mid semester break. It was a very very hectic/busy/stressful week for me. Dia punya busy tu lain macam. Maybe sebab naik je cuti ingat ada test. Nasib hari isnin tu tak ada test tapi berturut lah jugak dari hari selasa sampai khamis. Mana nak kejar dateline nak hantar assignment lagi. Fuhhh. Tak bernafas wa cakap lu.

Tapi. Lain pula dengan minggu selepas tu. The first week of May. Relax giler. Tenang setenang tenang tenangnya. Just siapkan lab report yang tak urgent sangat. Naik pelik rasa. Haha. Dah takda benda nak dibuat sampai terkejar kejar dateline rasa lain macam pula. Hihi. Kalau tak, busy tu kadang rasa sampai terlupa nak makan (ok ini bohong).

Apa apa pun, segala minggu yang stress tu dah lepas. Kalau relax tu sekadar bonus or reward lah kot sebab dah busy sangat sebelum ni. Sekarang nak masuk week tenth. Tinggal lagi four weeks before final. Hopefully sem ni dapat buat yang terbaik and maintain a good cgpa. Hihi. Doakan aku. Anyway. Thanks for reading. Good night.

credit photo: Peaceful Dumpling/James Wheeler

Yang menaip, 

Tasnim




Sunday, April 05, 2015

Kehidupan Rumah Sewa

April 05, 2015 0
Kehidupan Rumah Sewa
Assalamualaikum



Semester kali ni aku dengan member stay kat rumah sewa. Kitorang menyewa dekat-dekat dengan Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang kat seksyen 7. First time ada pengalaman hidup luar kolej. Dulu masa diploma memang setiap sem duduk kolej. Cuma time degree ni, gamble sikit lah, nak merasa jugak life rumah sewa.



Ada pro and kontranya duduk rumah sewa ni, haha. Bagi aku, best je. haha. Heaven weyh. Kedai makan banyak yang 24 hours (KFC, McDonald, mapley). So pasal makan, no problem. Bab makan mana pernah ada problem. Yang bermasalah ni satu je duduk luar ni, duit lesap sekelip mata. Haiyooo, baru keluar RM50, tengok balik purse, tinggal sikit dah. Mana taknya habis cepat, kedai makan bersepah. Nak nak pulak dekat dengan segala macam butik kat Seksyen 7 ni. Homaigad, sendu I macam ni.

Susah nak berjimat. Rumah pun dekat je dengan Giant. Ha kejap-kejap pergi giant beli barang itu lah barang ini lah. But mostly makanan je yang dibeli. em em em. Asyik makanan je. Eh biarlah. dah lapar, kena makan tau. haha. Kerja duk melantak je macam ada saka je dalam badan ni. Lepas tu bebel kalau berat naik. Konflik dalaman tahu bila masuk bab nak makan banyak tapi runsing berat naik.

Hehe tapi selalunya konflik dalaman ni akan berakhir dengan makan jugak. Tak pe lah, Makan lah selagi boleh makan ye dok? Cuma jangan lah over sangat. haha. Kelakar pulak taip macam tu, padahal taip lain buatnya lain nanti. hehe. Setakat ni, aku okay je dengan kehidupan kat luar ni. Pasal transport, housemate ada bawa kereta. So just share duit minyak je dengan dia. Kalau pasal keselamatan, rumah kitorang dekat je dengan Balai Polis. Belakang rumah je. Apa-apa boleh jumpa encik polis kasi setel masalah. Duit sewa rumah pulak statusnya masih mampu bayar. Tak mahal sangat. Okay lah untuk student macam aku ni. Rumah agak selesa. Maybe sebab kitorang menyewa 8 orang je, so tak lah serabut sangat. Ha itu je kot. Apa-apa pun , I izz happy. Happy sampai bambam badan ni. haha

So, jumpa lagi nanti. Thanks for reading. Bye




Thursday, February 26, 2015

The Manhattan FISH MARKET Komtar JBCC

February 26, 2015 0
The Manhattan FISH MARKET Komtar JBCC
Assalamualaikum

Hi


Semalam, kutep tetiba je whatsapp tanya free ke tidak esok. Kalau free dia nak ajak keluar dengan pyka. Hell yeah. Dah nak habis cuti baru kitorang dapat keluar sama. Pyka pun terkejut tetiba minah ni whatsapp dia ajak keluar.

Dalam pukul 12 tengah hari amik dia dekat Kempas and terus pergi JBCC. Pyka nak makan kt restaurant ni. First time kut makan kat sini. So memang tak pernah rasa macam mana makanannya. Teringin juga nak rasa bila dua tiga kali dah lalu lalang depan restaurant ni, hahaha. Ada rezeki boleh lah makan sini. Harga dia standard lah. Kitorang order Small Grill yang ada prawns, calamari and dory fillet, chips, veggies and rice with Salmon 'n Mash. Untuk drinks, order Passionate Peach, Happiness Infusion and Ice Peach Tea.

Agak kenyang jugak makan. Bila-bila boleh datang lagi restaurant ni.