Tasnim Hafidz

Tuesday, April 08, 2014

Boros

April 08, 2014 0
Boros
Assalamualaikum

Hi

Bercakap pasal boros ni, sesungguhnya saya seorang pemboros. haha. saya ada cerita tak silap kat entry sebelum ni bahawasanya saya suka berbelanja tapi tak suka guna. faham tak?contohlah, saya berkenan dengan satu skirt ni. saya beli. dah dapat skirt ni saya try lah. kurang puas hati dengan skirt ni kalau dipakai kat luar. so saya tak pakai pun. simpan dalam gerobok tak pun pakai kat rumah. skirt yang flowy mowy tu pakai kat rumah je? memang tak patut, tapi itulah saya.

instagram memang sangat mempengaruhi saya sekarang ni. bangun pagi pagi bukak instagram dulu. tengok mana yang patut. ada berkenan mula lah nak beli. haishhh. gatal je tangan nak whatsapp insta seller tu, tapi apa-apa pun kena cakap dengan ma. selalunya jawapan favorite ma lah,"Tak payah. Tak baik bazir nim. Bukan pakai pun." tapi saya pun selalu bagi jawapan favorite, "Nim pakai lah, tak pernah ada lagi. Ma juga yang cakap kena melawa kan." hehe. Bijak tak jawapan saya? Ingat ma heran. dia hanya mampu menggelengkan kepala melayan kerenah anak dara sulung dia ni. sorry ma. peace

tapi serius, saya memang suka beli online. senang. just click amount and send. hanya dihujung jari. wahhhh senang sangat. senang sampai pokai. haha. lagi satu saya suka sebab nanti ada lah record kat bank statement apa yang saya beli. boleh lah saya pantau dan kemudian rasa menyesal sebab boros sangat. sekarang ni tengah menyesal lah ni sebab tadi petang baru dapat bank statement dari abg posmen. duit simpanan hari tu yang sepatutnya banyak sekian sekian tinggal sekian sekian. sedih. sobsob

so kesimpulannya, bijaklah dalam menguruskan wang anda. sekarang pun saya tengah menahan nafsu untuk membeli barang kat instagram tu. sampai gigit gigit jari hentak hentak kepala kat dinding tahan keinginan nak membeli tu. dasyat kan? saya kena puasa ni. puasa melawan nafsu. ehh macam tak kena je? haha

p/s: premium night cream dari spinosa tu sangat menggoda saya untuk beli. bila lah nak banyak duit ni. hihi

toodles!

Sunday, December 15, 2013

Sesal.

December 15, 2013 0
Sesal.
Assalamualaikum. 

Sihat semua? Aku tak sihat. Tak sihat fizikal dan mental. Fizikal tak sihat sebab selesema, batuk, demam 5 minit and sakit tekak.

Mental plak tak sihat sebab, skrin laptop pecahh! Huwaaaaa. Sedihnya. Ni lah satu satunya laptop yang tinggal.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian. Menangis lah. Apa lagi. Tapi memang boleh guna lagi cuma suku tu rosak.

Mama kata nak belajar nanti baru repair. Baik bos. Tsk tsk tsk.

Thanks for reading.  Jaga diri, hati & iman. xoxo. byebye

Saturday, December 14, 2013

seketika

December 14, 2013 0
seketika
Assalamualaikum 

Manusia.
Lumrahnya, tak sempurna.
Pada Tuhan mahupun sesama manusia.
Kena sedar diri.
Hidup ini seketika.
Bukan untuk selamanya.
Dunia sementara.
Akhirat menanti.
Banyakkan amalan tinggalkan larangan.
Dosa di pandang sepi, pahala di ambil berat.
Bukan nak cakap gebang menunjuk, tapi peringatan. 
Buat diri sendiri.
Dan yang tersayang.
Hanya seketika. 
Beringatlah.

xoxo. tasnim 

Friday, March 01, 2013

Happy Birthday Sayang

March 01, 2013 0
Happy Birthday Sayang
Ke hadapan Syahila bt Mohamed, 

selamat hari jadi. happy birthday. saeng-il chugha. sanah helwah. shengri kuaile dan semua yang sewaktu dengan nya! May Allah bless you always!

yeayy! syila tua dulu, 25.2 lepas alina. hari ni syila punya turn pulak. selamat ber20an. hahaha, aku lambat lagi. baru lepas 19an. hahaha. semoga bahagia selalu. berjaya dunia akhirat. cepat kahwin. ehhhh? hahaha. hadiah takda lagi lah. duit asyik tak cukup je. huhuhu 

sekian saja dari tasnim. happy birthday yanggg :)

gigihnya muka syila tersenyum. haha. sayang anda kawan 



Thursday, January 24, 2013

Mari berselawat

January 24, 2013 0
Mari berselawat
Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul semua :)

Hari khamis yang indah ini, bersempena 24 Januari 2013, bersamaan 12 Rabiulawal 1434H, merupakan hari yang bersejarah dalam sejarah Islam, dimana lahirnya seorang insan yang mulia iaitu nabi kita, Nabi Muhaammad S.A.W. Di bawah ni ada sedikit serba serbi info mengenai biodata Baginda S.A.W.


Biodata ringkas Rasulullah S.A.W :


  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf
  • Tarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (Tahun Gajah)
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib , Makkah Al-Mukarramah
  • Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama Ibu : Aminah bt Wahab bin Abdul Manaf
  • Ibu susuan pertama : Thuwaibah 
  • Ibu susuan kedua : Halimah binti Abu Zhuaib As-Sa'diah
  • Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
  • Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah.
  • Usia ketika wafat : 63 tahun.





Secara ringkas, bersempena Maulidur Rasul ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda S.A.W. tak semestinya time maulud nabi je baru kita nak berselawat. sepatutnya setiap hari kita amalkan berselawat ni. kita ni patut bersyukur kerana kita tergolong dalam kalangan umat Muhammad. sebabnya, sehinggakan ke nafas terakhir pun, Baginda masih lagi ingat kat kita. 

Marilah kita ambil sedikit masa, ehh tak, banyak masa pun boleh dan berselawat ke atas Baginda ya saudara saudari sekalian 


jaga diri, jaga hati, jaga iman. Assalamualaikum!