June 2015 - Tasnim Hafidz

Tuesday, June 16, 2015

Ramadan Kali Ini

June 16, 2015 0
Ramadan Kali Ini
Assalamualaikum

Hi

Tahun lepas tak silap aku, merupakan ramadan yang pertama kali aku sambut penuh bersama keluarga. Syoknya! Kalau tak, sebelum ni sambut puasa kat asrama. Memang selalu miss first ramadan. Tak dapat sambut dengan keluarga. Ada pun sekali dua lah kot. Tak ingat. Sayu je rasa kalau tak dapat sambut awal puasa dengan mereka. 

And first time lah jugak mama suruh buat kuih raya. Tudiaa, dah lama kot rumah ni tak buat kuih raya. Tempah je selalu. Sampai mixer pun tak tau kat mana, mama siap boleh beli baru. Mama teruja. Aku pun teruja sebab selain buat kuih raya, dapat tolong mama berniaga kat bazar ramadan. Dugaan niaga kat bazar. Macam macam ada, hehe

source: Google

So, tahun ni sambut puasa dengan kawan-kawan je. Nangis tepi bucu katil. Tak dapat balik rumah. Lepas tu final exam time puasa pulak tu. Ya Allah, dugaan sungguh bulan ramadan kali ni. Sahur kena masak sendiri. Itu kalau bangun masak. Kalau tak, minum ayaq kosong je lah dengan makan kurma. Eceh macam makan kurma je aku ni. Haha

Apa-apa pun. Ahlan wasahlan Ya Ramadan. Semoga ramadan kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada kita semua.

Yang ada final exam time puasa,
Tasnim




Tuesday, June 02, 2015

Kerana Aku Perempuan Yang Tidak Cantik Itu

June 02, 2015 0
Kerana Aku Perempuan Yang Tidak Cantik Itu
Assalamualikum

Hi

Aku baru lepas baca blog AkuPenghibur.com pasal bertapa beruntungnya perempuan yang tak cantik, haha. Korang boleh tekan SINI untuk baca entri tersebut. Aku lah tu antara golongan yang kurang cantik dan aku tak kesah langsung pun. Cantik itu subjektif. Setiap orang ada definisi cantik dia masing-masing. Kekadang bagi aku benda hidup/mati tu cantik, tapi mungkin pada pandangan orang lain, ianya tak cantik pun. 

Memang betul macam apa yang dikatakan tuan blog tersebut. Tak banyak masalah pun. Tak ada siapa nak pandang, nak kacau, tak jadi tumpuan orang and rasa selamat sikit. Boleh dikatakan semua kawan aku good looking. Cantik. Putih. Kurus. Memang beza lah aku dengan mereka ni. Terkadang, rasa jugak nak jadi lawa ni. Tapi mungkin bila aku jadi "cantik", timbul pulak rasa ujub, takbur. Sebab itu Allah jadikan aku macam yang sekarang ni. Eh jangan salah faham pulak ayat aku ni. Karang ada yang twist faham benda lain. Kiraya apa yang Allah dah atur tu cukup cantik. 

Oh ya, berbalik kepada statement aku di atas, aku rasa aku tak cantik or biasa-biasa je. Kalau aku cantik, mesti takda orang yang mengejek. Masa sekolah, puas dah kena ejek ni. Dah besar pun still kena lagi. Haha. Ada yang kata, jangan bercakap dengan aku, nanti orang ingat kau cakap sorang-sorang. Sebab orang tak nampak aku. Aku gelap. Aku sedih. Tak boleh nak lupa. Benda-benda macam ni yang buat aku jadi tak bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi. Aku beli produk tu, produk ni. Sebab nak putih, nak kurus. Tapi bila fikirkan balik, persetan je lah apa yang orang cakap ni. Dia ada mulut. Suka hati dia lah. Lama-lama berhenti lah dia. Just live your life.


source: Quotes Gram


Sekarang ni, aku menggunakan konsep, biarlah aku tak cantik. Bagi lah kat orang lain. Kalau semua cantik, siapa pulak yang nak jadi tak cantik? Ye dok. Biarlah aku jadi yang tak seberapa tu sebab ada banyak kebaikkan menjadi kurang cantik. 

Sedikit pesanan dari aku, janganlah mengejek orang yang tak cantik, gelap, gemok ni. Ingat orang tu patung ke tak ada perasaan? Dia ada perasaan. Ada rasa sedih, sakit hati diejek. Apa hak korang nak mengejek ciptaan Allah? Kena ingat, apa yang kita ejek kat orang ada balasannya. Sama ada cepat atau lambat je. Hati-hati, haha.

Yang mempunyai hati dan perasaan, 
Tasnim