February 2015 - Tasnim Hafidz

Thursday, February 26, 2015

The Manhattan FISH MARKET Komtar JBCC

February 26, 2015 0
The Manhattan FISH MARKET Komtar JBCC
Assalamualaikum

Hi


Semalam, kutep tetiba je whatsapp tanya free ke tidak esok. Kalau free dia nak ajak keluar dengan pyka. Hell yeah. Dah nak habis cuti baru kitorang dapat keluar sama. Pyka pun terkejut tetiba minah ni whatsapp dia ajak keluar.

Dalam pukul 12 tengah hari amik dia dekat Kempas and terus pergi JBCC. Pyka nak makan kt restaurant ni. First time kut makan kat sini. So memang tak pernah rasa macam mana makanannya. Teringin juga nak rasa bila dua tiga kali dah lalu lalang depan restaurant ni, hahaha. Ada rezeki boleh lah makan sini. Harga dia standard lah. Kitorang order Small Grill yang ada prawns, calamari and dory fillet, chips, veggies and rice with Salmon 'n Mash. Untuk drinks, order Passionate Peach, Happiness Infusion and Ice Peach Tea.

Agak kenyang jugak makan. Bila-bila boleh datang lagi restaurant ni.

Tuesday, February 24, 2015

Idea, Ayat, Tahun Baru

February 24, 2015 0
Idea, Ayat, Tahun Baru
Assalamualaikum semua

Rasa macam dah lama sangat tak menaip. Ini bukan rasa macam dah, ini memang dah lama tak menaip entry baru. Tahun lepas, cuma ada tiga sahaja entry. kuangkuang. Tak produktif lansung jadi blogger. Kadang-kadang, bukan malas yang jadi sebab utama tak rajin update entry baru kat blog. Aku kalau boleh rasa nak menaip je setiap hari. But then, bila dah buka blog, create new entry, on the spot, tangan kaku beku tak tahu nak taip apa.

Akan ada satu perasaan tau setiap kali nak taip cerita. Dah taip-taip panjang sikit, tengok ayat macam tak kena je, delete. Backspace lah sepuluh kali. Taip lagi sekali. Backspace again. Dah bila nak habisnya. Last last, tekan button Close, haha. Habis cerita.

Ataupun, dah ada idea ni dalam kepala, baru je jari jemari yang comel ni nak sampai ke keyboard, freeze! Kaku lagi jari. haha. Tak tau pula nak buat ayat macam mana. Macam biasa lah, akhirnya blog ni terbiar sepi keseorangan takda siapa nak jenguk, hahaha. So, entry pertama kali untuk tahun 2015 ni hanya mengenai kenapa blog ni lama terbiar, hehe. Macam takda point, but suka hati lah. Nak juga publish something.

Jemput baca you all. haha