January 2013 - Tasnim Hafidz

Thursday, January 24, 2013

Mari berselawat

January 24, 2013 0
Mari berselawat
Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul semua :)

Hari khamis yang indah ini, bersempena 24 Januari 2013, bersamaan 12 Rabiulawal 1434H, merupakan hari yang bersejarah dalam sejarah Islam, dimana lahirnya seorang insan yang mulia iaitu nabi kita, Nabi Muhaammad S.A.W. Di bawah ni ada sedikit serba serbi info mengenai biodata Baginda S.A.W.


Biodata ringkas Rasulullah S.A.W :


  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf
  • Tarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (Tahun Gajah)
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib , Makkah Al-Mukarramah
  • Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama Ibu : Aminah bt Wahab bin Abdul Manaf
  • Ibu susuan pertama : Thuwaibah 
  • Ibu susuan kedua : Halimah binti Abu Zhuaib As-Sa'diah
  • Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
  • Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah.
  • Usia ketika wafat : 63 tahun.





Secara ringkas, bersempena Maulidur Rasul ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda S.A.W. tak semestinya time maulud nabi je baru kita nak berselawat. sepatutnya setiap hari kita amalkan berselawat ni. kita ni patut bersyukur kerana kita tergolong dalam kalangan umat Muhammad. sebabnya, sehinggakan ke nafas terakhir pun, Baginda masih lagi ingat kat kita. 

Marilah kita ambil sedikit masa, ehh tak, banyak masa pun boleh dan berselawat ke atas Baginda ya saudara saudari sekalian 


jaga diri, jaga hati, jaga iman. Assalamualaikum!

Friday, January 18, 2013

nasi kerabu

January 18, 2013 2
nasi kerabu
Assalamualaikum sedara!

tadi bukak dashboard nampak abg Ben post pasal nasi kerabu and nasi dagang. alamak terliur terus kita. dah lah memang teringin nak makan nasi kerabu. rabu hari tu ada jugak beli tapi tak puas lah makan. hahaha. rasa nak beli lagi. lagi pun hari ni jumaat ada pasar malam kat melang tapi takda siapa nak teman. nak kirim pun tak tau siapa yang pergi. last-last mengidam lah aku sesorang sebab tak dapat makan nasi kerabu.

sebelum ni tak pernah suka pun nak makan nasi kerabu ni. selalunya aku makan nasi dagang sebab aku minat laut ikan tongkol tu. hehehe. masa bila ntah, kat kolej ni lah. tengok kawan makan nasi kerabu, macam sedap je. tu yang hari rabu tu try beli kat pasar malam kolej, and guess what? memang sedap. sedap sangat! 

huaaaaaaa, rasa macam nak terbang pergi melang je sekarang ni sebab nak beli nasi kerabu tu. mihmihmih. tapi takpe lah, bukan rezeki aku nak makan nasi kerabu hari ni. takpe, rabu minggu depan aku nak beli awal-awal takut habis. hamik kau.over betul. 


emmmm dapnya tengok gambar ni. alahai bahagianya kalau dapat makan *terliurface.jpg*





Thursday, January 17, 2013

Listen! Listen! Listen!

January 17, 2013 0
Listen! Listen! Listen!
Assalamualaikum geng!

post ni takda kene mengena pasal isu 'listen' tu. malas nak komen.

kita nak shared something ni. tengok lah gambar di bawah:


comel kan gambar ni? cute je aku tengok. dengan tayar satu terkopak. setahu aku, viva ni masih tersadai kat bengkel. and drivernya selamat. alhamdulillah. masa accident berlaku, si driver hanya mampu tergelak akibat terkejut. beberapa jam kemudian barulah si driver rasa sakit. sengal bukan. tiada sesiapa yang cedera teruk. cuma terhentak sikit mungkin. 









Tuesday, January 08, 2013

comel. teringat.

January 08, 2013 0
comel. teringat.



pada tarikh kejadian, check phone je nampak ada org whatsapp. sekali tengok, ada gambar-gambar ni. terharu. rajin betul kawan aku yang sorang ni. hahaha. btw, dia suruh pilih salah satu. aku kata aku nak tiga-tiga. haha. thanks domo. akan ku simpan gambar ni :D