Random Talk: PRU14 - Tasnim Hafidz

Sunday, May 13, 2018

Random Talk: PRU14

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi!

Tanggal 9 Mei 2018, akhirnya kerajaan kita bertukar buat pertama kalinya, hahaha. Tahniah Pakatan Harapan! Peristiwa yang akan I ingat sampai bila-bila. Tahniah Tun Dr Mahathir Muhammad untuk kali ke-2 menjadi perdana menteri Malaysia di usia 93 tahun! Allahu semoga Allah panjangkan umur Tun dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus berjuang untuk negara. Kali ni punya pilihan raya memang penuh dengan kejutan dan emosi yang pelbagai. Buat pertama kalinya I mengundi. Last PRU time tu tak rasa sangat, tapi kali ini bila kita sendiri keluar mengundi, memang terasa sangat.

Pagi tu macam biasalah bangun awal, tapi last last pukul 10 jugak baru sampai, hehe. Time tu pun ramai dah yang beratur. I punya saluran 7. Saluran anak muda generasi belia. Nasib baik tak lama sangat kena beratur. Dalam masa sejam tu dah settle. Sempat lagi makcik SPR yang sebut nombor tu tanya, kedai tak bukak ke hari ni? hehehe tak cik. Semua keluar mengundi. Masa nak tanda tu nervousnya. Check lah kertas undi kalau-kalau ada cacat cela macam yang digembar gemburkan. Ok clean. Terus pangkah calon pilihan and yeay habis, hahaha.

Ini je gambar yang I ada, yang lain i tak sempat save. Masuk ig story je

Malam tu macam biasalah berdebar tunggu keputusan. Pukul 4 baru tidur. Itupun sebab dah tak larat dah nak tunggu, hahaha. Seriously, malam tu memang dasyat. Dengan orang di astro Awani melontarkan soalan-soalan yang tak dijangka dan panel yang boleh tahan jugaklah pendapat diorang. Dua tiga hari ni memang dok layan astro Awani je. Sebab diorang tak bias, hehehe. 

Kali ni, semua mengharapkan perubahan. And yes, rakyat Malaysia berjaya mengubahnya. Semoga dengan pimpinan PM dan juga ahli-ahli kabinet yang baru dapat mentadbir, memimpin dan memajukan negara dalam keadaan baik dan bebas korupsi. Kita tunggu dan lihat je lah. Selama dua hari ni pun, macam-macam dah jadi. Fuhhh. Satu-satu jadi. Rasanya wartawan tak berehat sangat nak menyampaikan berita pada kita semua, haha. Sekian random talk dari I.

Yang pergi mengundi,
Tasnim




No comments:

Post a Comment