Kucing - Tasnim Hafidz

Thursday, May 16, 2013

Kucing

Assalamualaikum.. hello

bila ternampak orang tweet pasal kucing. cepat-cepat aku bukak blog dengan rakusnya sebab nak update pasal kucing.

aku tak minat dengan species ni tapi aku taklah zalim sangat nak sepak teranjang kucing-kucing ni. kadang-kadang tu kesian tengok kucing yang kelaparan, sakit and macam-macam lagi lah. kucing ni... sunnah menyayanginya sebab Rasulullah S.A.W pun sayang kucing.

kalau kat kedai, banyak jenis kucing dah aku dok main nyork-nyorok dengan dorang. ehhh. hahaha. tipu je tu. acik sebelah kedai mak aku yang rajin nak bela kucing ni. ada nama Tom, Cimi, Comel, Lanun and apa ntah lagi. Tom ni jantan. pastu suka ngendeng-ngendeng kat aku mintak makanan. kalau dia datang kt aku sambil buat bunyi manja gitu. tau lah nak makanan. pastu bila dengar aku potong ayam, amboi laju je dia datang. satu lagi time dia mintak makanan, time-time magrib. bagus tom ni. makan sebelum pukul 8. hahahaha

ramai orang suka buang kucing kat kedai makan sebab fikir kat kedai makan ni kucing boleh cari makanan kot so then dorang tak mati kebulur. ada sekali tu, aku ingatkan orang tu tengah nak betulkan motor ke apa sebab terlindung dengan bendera biru. tapi aku pelik, bunyi anak kucing dok meow meow jelas sangat. tetiba mamat motor tu blah. abang yang ada dekat situ kata mamat tu buang kucing. ohhh my, aku tak suka dengar anak kucing meow macam tu. rasa sayu je. anak kucing tu mestilah cari mak dia. ishh kalau ya pun nak buang kucing, buang lah sekali dengan mak dia. kesian tau kat anak kucing tu

ada lagi satu ni, kucing tu buta. kesian sangat. jalan terhuyung hayang. kejap-kejap terlanggar kerusi. nak nangis tengok. aku bagi makan, kena bagi makanan tu dekat dengan mulut dia. mana dia nampak kan. aku tak nampak biji mata dia. merah je. pastu macam banyak taik mata. mesti bacteria infection. nak bawak dia pergi rawat tapi aku bukan jenis bela kucing. boleh tak bawak dia pergi jumpa vet pastu tinggal je. huaaaaaaaaa tak tau nak buat macam mana. kesiannnnnn. kadang-kadang kucing buta ni pergi tempat lain jugak. dua tiga hari tak nampak dia. tadi baru nampak. kesiannyaaaa. macam mana dia teruskan hidup ek. sedihnyaa

ok lah, thanks for reading. toodlesss



No comments:

Post a Comment