tudung pendek ke labuh? - Tasnim Hafidz

Sunday, February 03, 2013

tudung pendek ke labuh?

Assalamualaikum w.b.t sedara.

ehem, dah lama tak update blog. sebelum ni rajin semacam. maaf lah ye, busy lah seminggu dua ni. dengan lab report, quiz, test, assignment. memang tak sempat pun nak update. errr sebenarnya minggu ni tak busy pun, cuma takda idea je. bila takda idea, tenung screen ni sampai tembus pun tetap tak boleh nak menaip entri baru.

tudung... hemm.. sebelum ni aku rasa aku bedal je pakai tudung hitam tak kira lah nak pergi shopping ke, jejalan ke, lepak dengan member ke or kerja kat kedai. memang. memang korang akan nampak aku dengan tudung hitam je. sometimes, satu set fully package dari atas sampai bawah semua warna hitam. hahaha, kesian kan aku. habis nak buat cam mano, kita tak reti bergaya. paling koman pun, pakai tudung purple dengan biru je sebab itu yang aku rasa masuk dengan aku. hahaha

semalam, keluar dengan housemate pergi borong tudung kat pilah. katanya bawal plain bidang 45 tu rm5 je sehelai. memang rm5 pun. murah. tapi, walaupun murah,aku tetap akan cari warna yang dah biasa aku beli. ni kalau ada adik aku ni memang dah kena bebel dah. so aku beli warna kelabu sebab takda kaler yang menarik dah. jalan jalan kedepan, nampak tudung 2 tone warna pink-pink purple...kot.. dalam hati, berkenan. tapi....tudung tu bidang 55.. besar..labuh... terdiam sebentar..nak beli ke tak ek..

lepas tu, housemate cakap,

"Belilah tasnim, awak boleh pakai lah sebab awak tinggi. tak nampak labuh sangat."

aku pun, dengan keyakinan yang ada tu beli lah tudung ni sehelai sebab malam nya ada majlis Forum Gaya Hiudp Sihat Rasulullah saw sempena Maulidur rasul yang lepas. boleh lah aku pakai dengan jubah Intan yang aku pinjam. kuikuikui. so balik dari pilah, semangat try dulu kejap depan cermin and terus basuh sebab nak pakai waktu malam nanti.

lepas isyak, siap-siaplah nak pergi forum tu. aku pun pakailah tudung besar ni. and memang tak labuh mana pun. sedang elok lah, labuh sikit lah dari yang bidang 45. sempat lah jugak bergambar dengan housmate depan cermin sebelum pergi. and aku ada satu perasaan bila pakai tudung labuh ni. aku rasa secure. serius. rasa macam terlindung lah apa yang sepatutnya. bukan sebelum ni tak terlindung. tapi yang ni rasa lebih selesa. tetiba rasa nak beli tudung mcm tu banyak-banyak. tapi kena pakai dengan pakaian yang sesuai lah.

hari ni, bbm mama. aku tanya mama, mama percaya tak nim pakai tudung bidang 55? mama kata mcm ustazah. then aku send gambar, mama just ckp. k teruskan. -.- cakap dgn mama memang macam ni. macam takda perasaan. tapi maksudnya oke lah tu...kot..heyyyy, mestilah oke.

rasanya nak cuba pakai tudung bidang besar pelan-pelan. tak lah drastik sangat. dan aku prefer dua-dua saiz bidang tudung ni. lepas ni memang keje aku borong tudung lah gamaknya. hehehehe. ehhh esok ada test, tak study lagi..

jaga diri, jaga hati, jaga iman. toodles... Assalamualaikum :)









No comments:

Post a Comment