Minyak chin - Tasnim Hafidz

Tuesday, January 15, 2013

Minyak chin

Assalamualaikum korang-korang!

siapa tengok bola?? Aku sokong JohorDarulTakzim. Luaskan kuasamu Johor! mihmihmih. mintak-mintak johor menang. 

ok tamat pasal bola. sekarang nak cerita pasal minyak. meniaga minyak mesti dapat banyak duit kan. tapi kalau meniaga minyak ni, dapat banyak jugak. ada set combo lagi tau. double D combo. duit + dosa. then, jatuh syirik sebab menyukutukan Allah. apa lagi kalau bukan minyak angin. ehhh salah, minyak dagu.

ahad lepas keluar dengan kawan kita pyka maharani. saje jejalan cuci mata sambil bawak beg pink. mihmihmih. pagi tu keluar dengan ngah dulu pergi jusco sebab minah tu nak beli stock makanan bawak balik asrama. dah puas membeli, pyka call kata dia dah sampai. kitorang makan-makan dulu kat jusco then baru gerak umall.

setelah berfikir dua tiga kali, kitorang decided nak tengok cerita Minyak Chin. hahaha. time ni memang aku acah-acah berani lah nak tengok cerita seram. hihihi. tengok movie sambil kunyah popcorn. konon-konon tak takut sangat kalau tengok cerita hantu sambil makan. last-last aku main tutup-tutup mata guna tangan jugak. kekadang rasa macam rugi tengok cerita hantu tapi dok terpejam-pejam mata. 

hantu dia tak seram mana pun. hihihi(ayat bajet) cuma bunyi macam harimau mengeram dah. hahaha. hantu takda dagu. kesian mayat perempuan tu tak memasal guna utk benda khurafat. mula-mula tengok, ingatkan Johan(Fizo) yang nak meminyak dagukan si Emelda(yana) sebab mel cinta lama dia. tapi rupa-rupanya Azman(fezrul khan), bekas tunang Mel yang meminyak dagukan dia. aku ingatkan dua-dua yg guna sebab semua nak buat muka jahat. kalau betul dua-dua guna taknak macam bergaduh pulak syaiton tu sesama sendiri dalam badan Mel tu. mihmihmih

biasalah, bila guna benda khurafat sepat segala ni mesti ada pantangnya. bila ada pantang, mesti nak langgar pantang. biasalah, melayu mudah lupa. last-last hantu tu cari dia sendiri. kantoilah dia guna minyak dagu. last-last Azman mati kena sambar petir. macam tu je. nampak tak permainan dia? tak seram mana pun. hahahaha. kalau nak tengok, tunggu je lah kalau-kalau ada yang nak upload kt youtube. buat rugi je tengok wayang. aku ni pun, sebab memang dah nak tengok kat wayang kan, so tengok je lah. hantu chin chin. hahaha. dengan hantu-hantu tu kena panah petir.macam kelakar pun ada. hahaha

bila-bila nanti nak tengok movie Pada Suatu Cinta Dahulu. macam best. cerita cinta-cinta monyet. bila tengok thrailer macam kelakar, mihmihmih. apa-apa pun.......boleh blah lah cerita ni. haha. 

p/s: Anda adalah dilarang sama sekali untuk mengamalkan sebarang aktiviti yang bersifat khurafat, syirik dan boleh membatalkan iman!

jaga diri, jaga hati, jaga iman. bye bye

No comments:

Post a Comment