cerita pengalaman - Tasnim Hafidz

Thursday, January 10, 2013

cerita pengalaman

Assalamualaikum. hello ebelibadi!

hujan lebat + angin kencang + guruh/kilat - bumbung takda = basah lencun

nampak tak equation di atas. oh itu hanya linear equation. semua boleh faham kan? mihmihmih. aku rasa nak bercerita, tapi yang ini more tu pengalaman aku waktu hujan bila tengah bekerja kat Gerai Mahyah (mak kita,peace!). kalau siapa pernah pergi, gerai mak aku belah hujung. so bumbung sikit je belah tepi tu. kalau time hujan, semua buat drama kelam kabut angkat makanan masing-masing pindah meja lain. yang kami(pekerja) mula kelam kabut tutup apa jua makanan dari terkena hujan. memang kompom basah lecun lah kan. satu sebab angin pun bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa lagi dah. ghairah sangat nak bertiup slow-slow. semua ganas-ganas. mihmihmih.

kesian kat customer yang dress up lawa-lawa tu, rambut pacak-pacak, kasut kulit mahal, basah jugak nanti kena hujan. wakakaka. ish jahat aku. tapi selalunya aku dan ahmad(adik) mengambil kesempatan main hujan. yeay! seperti kanak-kanak riang aku bermain hujan. syokkk. oke aku tipu. amad je yang main hujan, bukan aku. aku ni setakat acah-acah hulur tangan kaki kat hujan tu je. mihmihmih. time hujan lebat ditambah dengan angin kencang, selalunya proses menggoreng cucur udang tergendala sebentar. lepas dah reda baru sambung balik. nanti perasan lah ada beberapa puntung rokok bersepah kat lantai. hujan kan, mestilah sang arjuna hendak memanaskan badan mereka. 

pernah sekali waktu cuti sem yang lepas, time tu dengan bunyi petir/guruhnya kuat, kilat sambung-menyambung. lantai kat depan gerai Cik Tipah kena petir. waktu tu ada satu pakcik betul betul sebelah tempat kejadian. pakcik tu, jangan ceritalah. kompom terkejut + takut. hahaha. esoknya tengok pakcik tu dah botak. hahaha. motif? aku pun tak tau. tapi aku rasa mesti pakcik tu bersyukur sangat-sangat sebab bukan dia yang kena panah dengan petir tu. nampak kepecahan lantai tu agak besar jugak lah. customer yang duduk kat kedai sebelah kata, dorang nampak kilat tu macam lalu kat wayar letrik kat kedai mak aku. blackout kejap. pehh seram. aku memang betul-betul kat area kawasan yang dorang cakap tu, nasib baik takda apa-apa. syukur. 

maaf kalau rasa tak menarik. ohh ye, katanya johor kena angin kencang dua tiga hari lepas. tanya mama, mama kata ya. mama bbm bagitau ada steel kedai mana ntah terbalik pecah sebab angin kuat sangat. kat kedai takda pape yang terjadi. alhamdulillah. esok nak balik johor lah. saja rasa nak balik. hihihi. selamat berehat semua.

jaga diri, jaga hati, jaga iman. bye bye semua. Assalamualaikum! 






No comments:

Post a Comment