Tamat Sudah - Tasnim Hafidz

Sunday, December 16, 2012

Tamat Sudah

Assalamualaikum w.b.t. semua! selamat petang 

Alhamdulillah, selesai sudah modul 4 dan ldk(latihan dalamkumpulan) untuk sem 4 ni. phewww *kesat peluh*
penat kot. dari bawah berlari-lari pulak naik tangga ke tingkat 6. lepas tu turun balik pergi pusat kesihatan. lepas tu naik balik. then barulah kat area bawah je. ohmai, keteq lutut aku. okeh part lari-lari tu tipu je. banyak melenggang jugak lah tadi. rasa macam over kalau lari. last-last semput sesorang. haha

ldk kali ni treasure hunt. not bad lah. takdalah bosan sangat macam ldk yang sebelum ni. dah kalau namanya treasure hunt, so macam explorace. so, pakai pakaian sukan tadi. so, tak formal. so, buat kat luar bilik kuliah. so, tak bosan. so, best jugak. so, penat sikit. so, semput jugak naik tangga. so, tadi nampak dia. so, so..... hey! dari tadi so so, mereng dah aku ni. 

untuk explorace kali ni banyak buat cross puzzle, menyanyi, teka simpulan bahasa and buat something dari bahan terbuang tadi. sekurang-kurangnya ada lah jugak program untuk hujung minggu ni. kalau tak aku mesti mengadap laptop ni and assignment yang ada. ehhh assignment. alamak! ada lagi yang tak siap *stress*

makan pun dah, sekarang ni tinggal nak melepaskan lelah dengan tidur! yeay. kaki pun dah rasa lenguh sebab dari tadi dok berjalan je. haha. tapi sebelum tidur, inilah yang aku buat. update aktiviti hari ni dekat blog shomel shomel kita ni. awwww

 kalau nak berldk lagi, sem depan lah pulak. hamik kau sampai dua program sem depan. satu modul 5 and program finishing school! berldk lah aku sampai lebam sem depan. tapi tapi, sem depan dah last sem aku kat pilah. lepas tu praktikal. semoga semuanya berjalan dengan lancarlah hendaknya nanti. 

ehh banyak pulak aku menaip. oke aku nak berehat dulu ya semua. jaga diri, jaga hati, jaga iman. Asslamualaikum!

No comments:

Post a Comment