New semester - Tasnim Hafidz

Monday, December 03, 2012

New semester

Assalamualaikum w.b.t
 
yeah! seperti tajuk entri ni. sudah semestinya aku nak bercerita pasal life aku untuk semester baru ni. semester ke-4 aku di UiTM Kuala Pilah. haishh tika dan saat ini aku rasa macam menyesal balik awal-awal kat kolej ni. Ya Allah,bosan yang amat lah bila pergi kelas takda lecturer lagi. lepastu rasa lifeless gila sebab kebosanan tak tau nak buat apa. nak tengok movie, takda pulak movie baru. so aku ni tak ubah seperti gajah didalam kandangnya kat zoo tu. ehhhh
 
aku beli cadar baru woooo. hahahaha, beli cadar baru pun nak cerita kat sini. tak senonoh langsung aku ni. haha. itu je kot yang baru, yang lain biasa je macam 3 sem yang lepas. semester baru ini saya berazam nak buat yang terbaik. tak nak ponteng-ponteng. taknak buat benda yang tak sepatutnya. erm rasanya. tengoklah dulu.hahaha. tapi yang penting, semoga aku dapat ilmu yang diberkati. aminnnnn
 
sampai disini sahaja coretan batinku ini, ehhh. hahaha. selamat malam semua. jaga diri, jaga iman. Assalamualaikum......


No comments:

Post a Comment