30 Disember 2012 - Tasnim Hafidz

Monday, December 31, 2012

30 Disember 2012

Assalamualaikum w.b.t reader(s) sekalian

"Selamat hari..jadi.."
"Selamat hari...jadi.."
"Selamat hari.... jadi Tasnim.."
"Selamat hari........ jadi........!!" 

Selamat hari jadi untuk diri aku sendiri. hahah. tak boleh blah kan. oke tarikh sebenar semalam, tapi baru hari ni aku mampu menaip setelah memikirkan ayat-ayat yang sepatutnya aku taip 

*sekarang kena berhati-hati sebab kita tak tahu siapa yang baca blog kita kan, hehehe*

19 tahun telah berlalu. bermakna sudah 19 tahun juga aku bernafas, hidup di muka bumi ini. alhamdulillah, syukur. macam-macam yang telah aku lalui sepanjang 19 tahun hidup ni. macam-macam. macam-macam sangat. haha. pertama sekali, terima kasih Ya Allah kerana masih beri aku peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia serba indah ini. alhamdulillah. terima kasih mama dan abah, kerana tanpa mereka, siapalah aku. banyak sangat yang mama dan abah dah buat untuk aku. terlalu banyak. tak tahu macam mana nak balas jasa mereka. 

"Ya Allah, jadikanlah aku anak yang sentiasa menggembirakan, menyenangkan hati kedua ibu bapaku. jangan jadikan aku anak yang derhaka Ya Allah. mudah-mudahan mereka sentiasa mendapat keberkatan dari-Mu Ya Allah. berikanlah segala perkara-perkara yang baik kepada mereka Ya Allah, dan jauhkanlah mereka dari segala kejahatan. Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah, dan juga dosa kedua ibu bapaku Ya Allah.
 Amin"

itu doa aku. aku harap aku mampu bahagiakan mama dan abah setiap hari. setiap hari Ya Allah. 

dan untuk hari semalam, mama dengan abah hadiahkan aku handbag. haha, handbag tu tak boleh belah. tapi yang tak boleh belah lagi, handbag tu warna pink! thanks mama abah! hahaha

kaler pink gitu. 

terima kasih juga kepada sahabat handai yang sudi wish birthday aku semalam. itu tandanya korang still ingat lagi kat aku. yang tak ingat, takpe. busy lah tu. huhu. ada jugak yang sudi bagi hadiah. terima kasih banyak-banyak. 

pyka,kalau kau baca blog aku ni. terima kasih sudi layan kau yang otak tak berapa center penuh masalah ni. hehe. nasib baik kau ajak aku keluar sabtu tu. ringan sikit rasanya. haha. dapat jugak tengok safee sali secara live. selisih sebelah pulak tu kan. ahahaha. oh ye terima kasih wawan jadi driver kita time tu. ekekeke

pyka kesayangan kita :) lesung pipit dalam tu

setiap kali aku amik gambar jadi buruk cenggini. rasa nak baling je phone tu. 
tapi aku tetap nak masukkan jugak. wawan si driver , abam perasan sharnaz ahmad

land last but not least, terima kasih sebab sudi baca blog kita. terima kasih semua!

jaga diri, jaga hati, jaga iman. Assalamualaikum!







1 comment:

  1. gambar buruk pun masukkan . HAHA nanti keluar bawak beg tu , tapi aku pegang . okay thanks <3

    ReplyDelete