Hari-hari Terakhir - Tasnim Hafidz

Thursday, October 18, 2012

Hari-hari Terakhir


Assalamualaikum w.b.t

Pengumuman : 
Maka tamatlah sudah pengajian Nur Tasnim Binti Abdul Hafidz untuk semester 3 ini.

yeayyyyy! selamat bercuti kepada semua warga uitm serta rakan-rakan yang bakal bercuti tak lama lagi. 
tapi, hari hari mendatang lepas habis exam semalam sumpah tak best! 
Aku balik hari sabtu sebab mama abah tak boleh nak ambil aku awal. Apa aku nak buat sepanjang dua tiga hari ni. Bosannyaaaaaaaaaa. Movie semua dah tengok. Aku siap ulang dua tiga kali dah. Rasa macam hopeless gila hidup. hahaha. Tak sabar nak menanti hari sabtu ni. Tak sabar nak jejak bumi Johor tu. Mak ai ayat kau tasnim, macam dah bertahun je tak balik johor. Sedangkan dua minggu sekali kau balik Johor time study >_< 

Plan aku cuti ni, ingat nak kerja dengan mama cari duit sikit buat topup, nak beli barang untuk semester 4 nanti. Oh ya, aku dapat duduk kolej lagi sem depan. Alhamdulillah syukur. Beli melawat rumah orang kan, ada benda yang comel comel, best best mesti aku terasa nak beli gak untuk sem depan. hahahaha. tapi..... bab nak mengemas tu nanti yang malas -__-

Okay tu cerita pasal plan nanti, benda yg belum tentu terjadi. Sekarang ni aku tengah kebosanan tak tau nak buat apa. kesiannyaa aku ni. tengok movie bosan, baca novel bosan, main game bosan, tidur pun jangan ceritalah pun bosan jugak. haihhhh. banyak mengeluh betul. Sampai sini je lah yang aku mampu bagi tau. Jumpa lagi di entri seterusnya nanti. 

byebye. assalamualaikum

No comments:

Post a Comment