hatiku terusik - Tasnim Hafidz

Friday, August 05, 2011

hatiku terusik

sekali lagi hatiku terusik. peritnya memikirkan tentang dirimu yang tak pernah cuba untuk menghargai diri ini. kenapa perlu menipu andai engkau tidak pernah memaksudkannya? kenapa perlu membuat diriku kelihatan seperti orang bodoh yang sentiasa ternanti-nanti kata cinta dan sayang darimu. kau selalu membuai-buai perasaanku. tidakkah engkau tahu sesungguhnya aku bergitu menyanyangi mu? begitu mencintaimu? sampainya hatimu membuat air mata ini kembali menitis.

semalam. aku telah membuangmu jauh dari hidupku. begitu sukar untuk aku membuat keputusan sedemikian. namun, memikirkan hatiku yang terus terluka melihat kemesraanmu dengan dirinya membuatkan aku bertindak untuk tidak akan menggangu dirimu lagi. sudah cukup hatiku terluka. aku tidak mahu ianya terus terluka dan berdarah. biarlah aku merawat duka ini sendiri. moga-moga hatiku ini tidak akan terluka lagi. cukuplah sekali engkau yang membuatnya terluka.

sudah acapkali aku cuba untuk melupakanmu. tetapi payah. hati dan ingatanku ini sentiasa hendak mengingati tentang dirimu. kadang-kadang aku bertanya sendirian. apa kurangnya aku? apa lebihnya dia? kenapa kau sanggup membiarkan aku terluka sendirian. begitu besar angan-anganku dengan dirimu. kini, semuanya hanya tinggal kenangan. kenangan yang memang ingin ku lupakan selamanya. aku berharap agar aku dapat terus untuk melupakanmu. aku ingin memulakan episod yang baru dalam hidupku. moga-moga engkau bahagia dengan dirinya. iya, kau begitu sayang padanya. aku tahu. engkau pernah berkata begitu padaku. sehingga aku terluka sendiri. semoga berbahagia selalu. selamat tinggal sayang.........


(erk, macam fedup x baca? haha. ini untuk suka-suka je.tiada kena mengena antara yang hidup dengan yang mati )

No comments:

Post a Comment