Seremban - Tasnim Hafidz

Sunday, June 19, 2011

Seremban

ya tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin hadirat sekalian. minggu ini merupakan minggu yang paling memenatkan aku. kenapa penat? sebab minggu ni aku tak diberikan peluang untuk berehat seperti orang lain. mengapa? hal ini demikian kerana aku ada program Latihan Dalam Kumpulan untuk modul Kemahiran Insaniah yang perlu atau wajib dihadiri oleh semua pelajar pada hari sabtu hari tu.

ceh, sebenarnya program tu habis awal tapi aku yang tak merehatkan diri. malam tidur lambat sebab online facebook. then, berbual bersama yang tersayang di pagi-pagi buta yang tak celik lagi masa tu. pastu, bangun awal sebab nak pergi jalan-jalan dengan housemate kat JJ SEREMBAN. yeah! terbaik! sebab apa terbaik? sebab dah lama tak jejak kaki kat shopping complex, haha. tadi sempatlah aku tengok wayang cerita X-men. owhh, sangat terbaik cerita tu. aku suka sangat. bestnye! kemudian, aku sempat lah beli dua helai short sleeve dan dua buah novel. novel mesti tak ketinggalan kan? apa boleh buat. dah aku suka baca novel. nak buat macam mana lagi kan. tajuk novel tu ' Bila Hati Kata Sayang' and 'Bisik-bisik Gelora'. boleh lah dua novel tu. best lah jugak, haha.

dan lagi satu aku nak bagitahu ni. aku dah beli keyboard baru ! yeay! itu yang senang sangat berblogging nih. senangnya hati mak. dah lah, aku nak tidur dah. nak berehat-rehat ni, penat sangat dah. sampai di sini sahaja cerita aku pada malam ini. jumpa lagi nanti di lain waktu :)

Assalamualaikum semua 

No comments:

Post a Comment