tak mungkin lah ! - Tasnim Hafidz

Sunday, May 08, 2011

tak mungkin lah !

assalamualaikum semua. dah lama aku tak update blog kan ? haha. tak ada idea lah :) baiklah , malam ini aku nak cerita pasal tawaran sambung belajar. alhamdulillah , aku dapat tawaran dari Matrikulasi Kuala Pilah dengan UiTM Kuala Pilah. dua - dua kat Negeri Sembila , haha. sama lah macam alina. mula - mula confius gila nak pilih yang mana. last - last ikot kata hati aku yang tak besar mana ni , aku rasa aku pilih UiTM kot. harap - harap lah pilihan aku ni akan mengubah masa depan aku agar menjadi lebih baik , insyaAllah 

UiTM aku dapat Diploma Mikrobiologi. wahhh , tak sangka aku , haha. belajar biologi lah aku lagi nampaknya , huhu. aku sebelum ni harap sangat dapat farmasi , tapi mungkin bukan rezeki aku. dapat mikrobiologi ni pun alhamdulillah , syukur. nanti aku akan belajar pasal benda - benda halus , haha. pasal bakteria, virus, protozoa dan macam - macam lagi lah , haha

sambung belajar nanti mestilah kat tempat baru. mesti jumpa kawan baru. harap - harap dapat kawan yang baik - baik. tapi aku nak cakap ini , aku tak mungkin, tak dapat dan tak akan lupakan kawan aku sekarang ni ! aku tak kan lupakan ko lah LINDA. ko jugak AMIRA SAAT. SYILA juga. dan jugak PYKA. korang lah sahabat aku dunia akhirat. aku sayang korang sangat - sangat. nanti korang pun jangan lah lupakan aku ye, huhu. sedih lah pulak malam ni. ko lah ni punca linda! haha. tak ada lah

hopefully , aku dapat meneruskan kehidupan aku denagn lebih baik lepas ni. harap - harap aku sentiasa berjaya selepas ni. haha , 21hb aku dah mula daftar. huaaaaa , sekejapnya. ada lagi dua minggu je. tak prepare apa - apa pun lagi, hehe. rasa macam malas aje, haha. tapi malas - malas pun kena jugak. okey lah , dah pukul berapa dah ni. tidur dulu lah ye. selamat malam semua. assalamualaikum semua :)  

1 comment:

  1. Semoga tabah di tempat baru.
    yang lame mmg tak buleh lupe..tp nilah kehidupan...kawan boleh dtg pergi...tp kehidupan kene jugak teruskan..
    tahniah dan syabas kpd awk..

    ReplyDelete