Secara tak rasminya - Tasnim Hafidz

Wednesday, April 02, 2014

Secara tak rasminya

Assalamualaikum guys

Hi

Sekarang dah masuk bulan April dan inilah entri pertama saya untuk bulan ini. oh ya saya selalu jealous tengok orang dapat hadiah dari nuffnang yang memang kebaboom lah hadiahnya. nak jugak. tapi sedar diri, saya tak aktif. 

Apa yang secara tak rasminya tu kan? Saya secara tak rasmi dah tamat pengajian diploma sepenuh masa di UiTM Kuala Pilah dalam jurusan Mikrobiologi pada 17 Mac 2014 setelas berjaya menghantar report berserta pembentangan yang tak berapa nak awesome sebab dah petang and dah rasa malas. wehuuuuuuuuuu

maaaa abahhhhh nim nak kawinnnnnn!

saya boleh bayangkan jika saya minta macam tu kat ma and abah saya, hanya jelingan mama and kata-kata tak berapa semangat dari abah yang mengatakan, "Tak malu ke minta kawin awal?" atau "Dapat degree dulu baru kawin." atau ayat mama yang menghancurkan hati, "Kalau dah ada calon bawaklah jumpa ma dgn abah." eh bukan ke saya patut gembira kalau ma saya cakap macam tu? kenapa saya cakap ayat ma tu menghancurkan hati? sebabnya, calon tak ada lagi. sadis. 

so kesimpulanya, memang tak dapat kawin awal. maksud saya lepas diploma ni. tapi sebenarnya saya tak kisah pun. hanya mampu berdoa agar dicepatkan jodoh dan dapat jodoh yang baik-baik. yang gedik minta kawin awal tu pun saja je. suka tengok orang-orang yang dah kawin tu. ada baby comel, halal nak beramah mesra and yang penting dapat pahala. wowww

saya jealous. sangat jealous. tapi perancangan Allah tu lah yang sebaik-baik untuk hamba-Nya.


happy family.ngeeee kucing ni dah takda kat kedai. kata ma ada yang amik letak kat
 kipmart. dah tak dapat tengok dia buat kuak lentang bagai.




toodles!






No comments:

Post a Comment