random stories - Tasnim Hafidz

Wednesday, February 20, 2013

random stories

Assalamualaikum kekawan.

bila dah mula sibuk, camgini lah jadinya. nak updated cerita, malam-malam time orang semua dah tidur. takpe, saat ini aku tengah semangat nak meniap lalu terjadinya, Random Stories

Random #1
Esok malam ada test 2 Virology. mood nak menghafal terbengkalai kejap. malas menguasai. tapi bila tang nak buat perkara lagha, rajin terus jadinya. wish me luck tomorrow night :p

Random #2
Jadual final exam dah keluar, tapi maaflah ya, aku nak mencarut sikit. jadual macam nokharom. sedihhhhhhhhh! perlu ke dekat dekat tarikhnya? tak boleh ke ada gap sehari dua? apa ni??! tak kesian ke?? ingat microbiology ni senang sangat ke?? ingat aku robot sekali baca dah masuk?? kalauu ya pun nak study awal,lumrah manusia, lambat laun lupa! erghhhhhhhhhh stresssssssssssss! terima kasih bebanyak kpd tuan dan puan yang buat jadual ni.

Random #3
semalam, aku sanggup tidur pukul 4 pagi semata-mata nak tengok naruto. hahaha, siapa kata aku tak layan, aku minat sangat-sangat kot. nasib je tak berpeluang nak follow dari awal. hehehe. banyak lah pengajaran yang kita boleh amik dari cerita anime ni.

Random #4
adik ak dapat mrsm pontian and telah pun mendaftar kat situ, tapi...... mana hilang semangat adik aku ni? baru dua hari dah call nak pindah sekolah lama balik. haiyakkk! aku ingat dia jenis kuat. yelah, dia kan selalu watlek, watcool, watpeace, sapkok je tak payah. mama abah pun dah tak tau nak buat lagu mana lagi. kerisauan terpancar di wajah memasing termasuk aku. 2 tahun je lagi adik oi. tahan je lah

Random #5
haaaa aku ada something untuk korang selesaikan. jeng jeng jeng....

5  + 5 + 5 = 550
fix it! hahaha

ni kak zura lah ni yang bagi. kalau ikot cara aku berfikir, tambah kosong je lah kat belakang tapi macam pelik pulak, hahahah.  mana dtg 550 tu kan, hehee. kalau dah tau macam mana nak buat, sila selesaikan di ruang komen. heheh tq

Random #6
ehhh kita dah mengantok. ini saja buat setakat ni. jom tidur. nak mimpi indah indah. 

jaga hati, jaga diri, jaga iman. Assalamualaikum! :p








1 comment:

  1. i think i know the answer, kena letak satu garisan jer kan? i think it's 5 4 5 + 4 = 550

    + tu tambah satu garisan, jadikan number 4,

    hihikkkk ^.^

    ReplyDelete