Apam Pisang Coklat - Tasnim Hafidz

Wednesday, October 31, 2012

Apam Pisang Coklat

Assalamualaikum guys!

Entri kali ni pasal resepi nak buat apam pisang coklat. ok sebenarnya teringin nak buat tapi apakan daya, malas terlampau. resepi dah ada. credit to majalah Rasa edisi 136 November 2012 di muka surat 41. haaa hamik kau. hehehe. meh aku taipkan resepi apam ni 

Apam Pisang Coklat 
Bahan-bahan:

240gm tepung gandum
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

*yang atas ni mestilah diayak*

7 biji pisang emas (dilecek)
250ml minyak masak
360gm gula perang
2 biji telur
sedikit garam

Cara memasak:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang
2. Masukkan minyak masak berserta pisang lecek dan kacau rata
3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau adunan sebati
4. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas dan kukus grill panggang kukus grill panggang. ehhhh? kukus je selama 18 minit. hehe
5. Sedia dinikmati bersama tersayang. hahaha

Siapa rasa nak makan apam pisang berperisa coklat ni boleh lah cuba try test buat. kalau menjadi post kat aku bagi rasa ea. hahahha. nak buat sendiri. malassssss. 

*info chef: masa nak kukus, pastikan guna api besar supaya masaknya lebih sekata dan apam naik dgn sempurna.

ohhhhhh macam tu kisahnya. bolehlah korang kalau nak try buat. ohhh ye, anggaran saiz hidangan ni lebih kurang 38 biji. dalam majalah ea, bukan aku. ok lah, Selamat mencuba teman teman :p

Assalamualaikum! 



No comments:

Post a Comment