walaweyhhhh.....bahagianya hidup..... - Tasnim Hafidz

Tuesday, October 04, 2011

walaweyhhhh.....bahagianya hidup.....

assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada blogger-blogger sekalian. hari ini saya berasa sangat gembira dan ingin berkongsi sedikit kegembiraan saya ini bersama anda semua.
(dengan nada skema + bahasa baku)

tak payah nak formal sangat lah kan tasnim oii. hehe, dah lama aku tak ber'blog'. kesian dah kat blog aku ni. yang bulan sembilan punya haram satu entri pun tak da. kesian dia ya. ala busyuk-busyuk. jangan lah merajuk. tasnim busy lah. final exam ni. lagi satu tasnim malas nak guna keyboard tu. malas nak bawak keluar dari kotaknya yang kacak tu, muahaha. tapi, pada hari dan ketika ini, tasnim menjadi rajin dan sekarang ini tengah menaip dah pun. 

berbalik kepada terma dan syarat tajuk di atas, aku nak kongsi sedikit kegembiraan. sedikit aje. tak banyak. nanti korang malas nak baca. tapi ada aku kesah ? tak pun~ baiklah, sebenar-benarnya cerita yang ingin ku sampaikan ialah aku tingal lagi SATU PAPER je untuk final exam pada sem kali  ini. bahagianya rasa. tapi huaaaa , terasa sedih pula rasanya hendak meninggal tanah jajahan aku ini. sedih-sedih. nanti dah sebulan tak jumpa kengkawan aku yang kiut-miut and baik-baik kat sini.

paper last aku jumaat nanti. paper MAT133 yang tersayang lagi tercinta. tak mampu ku ungkapkan bertapa sayang dan cintanya aku pada paper math ni. bercinta aku satu sem ni buat latihan math tiap-tiap hari. tapi best jugak kadang-kadang walaupun ada satu masa tu nampak nombor-nombor aje bila bukak mata, wakakaka. then , sabtu balik johor lah. apa lagi. nak jumpa sayang-sayang aku kat sana tuh. ada yang setengah tahun dah tak jumpa ( Allah, baru setengah tahu je lah tasnim) hehehe.

cuti sem ni aku tak ada perancangan apa-apa lagi. hammboi tasnim , math tak habis lagi kau nak cerita pasal cuti sem pulak. marah cik nadiah nanti, hehe. miss yang sempoi tapi tegas. tapi tapi, aku suka :) dah lah-dah lah. terasa macam panjang pulak dah. tadi ingat nak story mory sikit-sikit je. telajak pulak. nanti-nanti lah tasnim update cerita lagi. kbai

1 comment: